Sebut sahaja Viatnamese Spring Roll pasti semua sudah terbayang keenakan gabungan sayur dan juga udang segar yang membangkitkan selera.

Tidak lengkaplah jika hanya makan Viatnamese Spring Roll begitu sahaja. Ini adalah cara untuk membuat sos pencicah yang sedap dan mudah untuk anda buat sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Bawang putih
2. Bawang merah
3. Cili kering kerinting (pedas)
4. Cili kering gemuk (tidak pedas)
5. Akar ketumbar
6. Sos Ikan
7. Cili padi
8. Air asam jawa
9. Limau nipis
10. Serbuk perasa
11. Gula dan garam
12. Air tepung jagung
13. Biji bijan

rKY8nS-f.jpg-large

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Kisar hancur bawang putih, bawang merah, cili kering kerinting, cili kering gemuk, akar ketumbar dan sesudu sos ikan.

2. Kemudian, masak bahan yang dikisar atas api yang sederhana kecil.

3. Setelah itu, masukkan satu jug air dan tunggu sehingga mendidih.

4. Kisar kasar cili padi dan campurkan bersama dengan bahan yang dimasak tadi.

5. Lalu, masukkan air asam jawa dan didihkan dengan api sederhana kecil selama 2 hingga 3 jam.

6. Selepas dididihkan, perahkan limau nipis dan masukkan serbuk perasa, garam dan gula.

7. Kemudian, masukkan air tepung jagung untuk bagi pekat.

8. Akhir sekali, letakkan sedikit biji bijan dan daun ketumbar dan siap.

Perkongsian resipi sos pencicah ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @syazlinzubir dan pastinya resipi ini dapat dimanfaatkan oleh anda. Apa tunggu lagi? Selamat mencuba!

Anda juga boleh membuat roti canai dengan mudah menggunakan breadmaker. Klik pautan di bawah untuk ketahui resipi mudah tersebut.

Resipi Mudah Dan Sedap Roti Canai Gunakan ‘Breadmaker’

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

Resipi Enak ‘Cucur Udang Bersama Kuah Kacang’ Anda Patut Cuba

Sumber