Sebuah video yang kini tular di beberapa platform media sosial China telah menarik perhatian ramai apabila seorang pemilik restoran di Iran mengambil keputusan untuk tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan dari China yang makan di restorannya.
Pemilik restoran itu menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda penghargaan mereka kepada rakyat China.
Ini memandangkan China dianggap sebagai antara negara yang menyokong Iran ketika melalui saat-saat sukar sebelum ini.
Warga China tersebut awalnya menolak tawaran makan percuma itu kerana Iran sedang dalam krisis. Namun peniaga restoran dan pekerjanya tetap berkeras tidak mahu menerima bayaran.
Penghargaan tersebut mendapat reaksi positif daripada pengunjung dan netizen yang melihatnya sebagai simbol persahabatan antara dua negara.
Dalam video tersebut, para tetamu dari China dilihat disambut dengan mesra dan ditempatkan di meja makan yang dihiasi dengan bendera Iran dan China, menggambarkan suasana keharmonian dan rasa hormat antara kedua-dua pihak.
Selain itu, di Iran, menjamu tetamu makan dengan makanan sedap adalah salah satu budaya dan adab untuk mengalu alukan tetamu.
Netizen turut terkesima melihat detik tersebut. Bagaimana sebuah meja makan mampu menjadi medan tanda persahabatan.
🇮🇷🇨🇳|This video has drawn major attention across Chinese social media platforms.
🔹The owner of a restaurant in Iran refused to charge Chinese customers for their meals, saying it was a gesture of appreciation because China stood by Iran during difficult days.
🔹The guests were… pic.twitter.com/g9jcA51yab
— Aprajita Nafs Nefes 🦋 Ancient Believer (@aprajitanefes) May 12, 2026