Pemain kacukan negara, Richard Chin menjaringkan gol pertama pada penampilan sulungnya bersama kelab divisyen enam Liga England, Nath City FC dalam saingan National League South musim 2023/24.

Richard menyertai Bath City secara pinjaman dari Charlton Athletic secara pinjaman sehingga hujung musim ini dan beliau terus mendapat kepercayaan untuk tampil dalam kesebelasan utama pada aksi menentang St Albans City.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut perkongsian kelab di laman media sosial rasmi, Richard menjaringkan gol pada separuh masa kedua dimana beliau memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan yang gagal mengeluarkan bola di kawasan sendiri.

Pemain berusia 21 tahun itu mudah menolak masuk bola ke dalam pintu gawang yang tidak dikawal sekaligus menjaringkan gol kedua Bath City.

Jaringan Richard membantu kelabnya mencatat kemenangan 3-1 sekaligus membantu Bath City menduduki tangga kelima dalam carta liga National League South.

Sebelum ini, Richard Chin berkongsi gambar beliau menerima pasport Malaysia selepas menyertai sesi latihan B-23 Tahun pada November tahun lalu.

Menerusi ejen beliau iaitu Rock Sports Management, Chin dilihat bergambar dengan pasport Malaysia yang baru diterimanya di hadapan salah satu bangunan kerajaan di Putrajaya.

Richard Chin
Sumber Gambar: Rock Sport Management

Ketika menyertai kem latihan pusat baru-baru ini, Chin bertekad untuk belajar bahasa melayu untuk memastikan beliau dapat berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan.

“Rakan sepasukan menyambut saya dengan baik. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk belajar bahasa melayu untuk memudahkan komunikasi di atas padang.

“Satu pengalaman yang baik namun semuanya sangat cepat. Saya hanya berlatih sebanyak dua kali dan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang PDRM.

“Juan Torres dan Shukor Adan banyak membantu dengan memberikan maklumat tambahan. Saya amat berpuas hati dengan apa yang saya lalui,” katanya dipetik dari laporan The Star.