Rakyat Malaysia bakal menerima berita gembira apabila nilai matawang negara, Ringgit dijangka cecah RM4.00 hujung tahun ini dan RM3.55 akhir tahun hadapan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ia dinyatakan oleh BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, yang menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 daripada RM4.55 sebelum ini.
Baca Juga:
- Prestasi Ringgit Malaysia Terbaik Di Asia, Dolar Singapura Nombor 2
- Ringgit Malaysia Kembali Kukuh, Atasi Mata Wang Asia Lain
- Ringgit Lemah Buat Jutawan Di Malaysia ‘Kurang Kaya’ Tahun Ini
Menurut laporan Bernama, BMI berkata dalam tempoh jangka pertengahan, ia kekal positif terhadap ringgit susulan perbezaan hasil yang mengecil dengan Amerika Syarikat (AS) selain prospek pertumbuhan yang agak berdaya tahan, sekali gus menyuntik petanda baik untuk unit tempatan berkenaan.
“Risiko terhadap unjuran kami adalah kelemahan ringgit dengan sebahagian besarnya bergantung kepada trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) dan pertumbuhan China,” katanya.
π #Ringgit Breaks RM4.14 Against USD! π²πΎπ΅
Today, the Malaysian ringgit surged past RM4.14 for the first time since November 2021, fueled by strong local economic performance and a recent U.S. interest rate cut. As of 8 AM, it was trading at 4.1490, up from 4.1550! pic.twitter.com/ZBNQjAcySx
— WikiFX_Eng (@WikiFX_Eng) September 27, 2024
Menyentuh prospek jangka pendek selama enam bulan, BMI berkata ringgit terbukti dapat menyanggah trend penyusutan ketaranya sejak awal 2024 untuk naik 12.1 peratus pada suku ketiga 2024, sekali gus menjadikannya mata wang pasaran sedang pesat membangun dengan prestasi terbaik rantau ini.
Sejajar dengan prestasi yang lebih kukuh daripada jangkaan dalam suku ketiga 2024, BMI bertindak menyemak naik unjurannya pada purata RM4.35 berbanding dolar AS daripada RM4.55, sebelum ini.
Ringgit juga secara teknikalnya mencecah paras rintangan aliran pelbagai tahun pada paras RM4.20 bagi setiap dolar AS pada 23 Sept, 2024.
“Kami melihat skop ringgit untuk mencecah paras rintangan seterusnya pada RM4.00/dolar AS menjelang akhir 2024, walaupun indeks kekukuhan relatif yang dilihat terlebih jualan masih berlaku dan boleh menjurus kepada penyusutan nilai dalam tempoh singkat.
“Unjuran kami juga lebih realistik daripada Bloomberg yang mengunjurkan RM4.30,” kata BMI.
Dalam pada itu, ia juga menjangkakan perbezaan kadar faedah antara AS dan Malaysia akan mengecil dengan lebih cenderung memihak ringgit.