Sekiranya anda mengikuti perkembangan hiburan semasa, pastinya anda cukup tahu di mana nama Rita Rudaini pernah menjadi bualan ramai apabila beliau mendedahkan tidak mahu mengambil suntikan vaksin COVID-19 seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kenyataan yang dibuat pada ketika itu telah mengundang kepada pelbagai persoalan dan kecaman daripada para netizen yang tidak bersetuju dengan pilihan beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Instagram @ritrud727

Dalam pada itu, siapa sangka Rita Rudaini menerusi perkongsian terbaru di Instagram mendedahkan beliau sehingga kini masih belum dijangkiti dengan wabak COVID-19 meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berkali-kali.. Beliau turut meluahkan rasa syukur dengan kesihatan yang diperoleh atas izin Allah.

Sementara itu, beliau turut mempersoal program imunisasi dos penggalak vaksin COVID-19 yang didakwa mampu melindungi khususnya bagi golongan berisiko tinggi.

Sumber: Instagram @ritrud727

“Dulu pun kata boleh melindungi. Hat (yang) ambil ramai pula yang kena COVID-19 kan. Yang baru ini pula, skrip yang sama melindungi,” soalnya.

Untuk pengetahuan, beliau merupakan antara selebriti yang lantang dan aktif bersuara haknya mengambil vaksin. Malah, ketika keluar arahan di mana pelakon dan kru perlu mengambil vaksin untuk bekerja semula, beliau memilih untuk kekal dengan pendiriannya.

Beliau juga turut memaklumkan tidak kisah digugurkan daripada beberapa tawaran kerja kerana percaya rezeki ada dimana-mana dan sudah ditentukan Allah.

Sumber