Bantuan RM100 mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi ramai rakyat Malaysia, ia mampu dimanfaatkan dengan pelbagai cara kreatif dan bijak.

Atas sebab itu, SAYS memperkenalkan contest ‘SARA Cara Kita’, sebuah kempen media sosial yang mengetengahkan kisah sebenar rakyat menggunakan bantuan SARA Untuk Semua dalam kehidupan harian.

Kempen ini membuka peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah tunai sehingga RM5,000 menerusi perkongsian content di TikTok dan Instagram.

Fokus kepada kreativiti & pengurusan kewangan bijak

RM100 Dalam MyKad Tu Mungkin Boleh Jadi RM5,000. Tapi Penyertaan Tamat Tak Lama Lagi Tau!

Peraduan ini memberi ruang kepada peserta berkongsi bagaimana mereka menggunakan bantuan RM100 secara praktikal dan bermakna.

Antara contoh content yang boleh dihasilkan termasuk pengurusan barang dapur secara berjimat, penyediaan menu bajet keluarga, penggunaan bantuan untuk keperluan anak-anak, memulakan bisnes kecil serta idea simpanan dan pengurusan kewangan.

Selain memberi inspirasi kepada masyarakat, peraduan ini juga menunjukkan bagaimana bantuan kecil boleh memberi impak besar apabila dimanfaatkan dengan betul.

Hadiah wang tunai untuk 36 pemenang!

RM100 Dalam MyKad Tu Mungkin Boleh Jadi RM5,000. Tapi Penyertaan Tamat Tak Lama Lagi Tau!

Sebanyak 36 pemenang akan dipilih melalui TikTok dan Instagram dengan hadiah lumayan seperti berikut:

  • Tempat pertama: RM 5,000
  • Tempat kedua: RM 3,000
  • Tempat ketiga: RM 1,500
  • Saguhati: RM 250 x 15 pemenang

Cara penyertaan pun mudah saja, ikuti langkah di bawah:

RM100 Dalam MyKad Tu Mungkin Boleh Jadi RM5,000. Tapi Penyertaan Tamat Tak Lama Lagi Tau!

  1. Hasilkan Konten: Buat video pendek atau ambil gambar yang menunjukkan cara kreatif anda gunakan RM100 daripada SARA. (Contoh: Resepi jimat, beli barang sekolah anak, atau teknik simpanan).
  2. Muat Naik: Muat naik konten anda di TikTok atau Instagram.
  3. Hashtag & Tag: Jangan lupa letak hashtag rasmi #SARACaraKita dan tag @saysdotcom.
  4. Set Public: Pastikan akaun anda dalam mod ‘Public’ supaya juri boleh nampak konten mantap anda! Mudah bukan?

Peraduan ini dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang layak menerima bantuan SARA dan akan berlangsung sehingga 31 Mei ini.

Jika anda penerima bantuan SARA, mungkin ini masa terbaik untuk kongsikan kreativiti anda kepada satu Malaysia dan mana tahu rezeki membawa pulang hadiah utama RM5,000.

Untuk perkembangan lanjut mengenai peraduan SARA Cara Kita, anda boleh mengikuti media sosial SAYS dan SAYS Seismik.