Ketua jurulatih skuad kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini menjelaskan sebab pasukannya hanya mampu seri ketika bertemu Indonesia ketika aksi kelayakan kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuag Garuda mencipta kejutan apabila mengikat seri Arab Saudi dengan keputusan 1-1 pada perlawanan pertama bagi saingan kelayakan edisi kali ini.
Baca Juga:
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia Ikat Arab Saudi 1-1
- Erick Thohir Ambil Langkah ‘Bersihkan’ PSSI, Buang 43 Pegawai
- PSSI Turut Prihatin Dengan Insiden Menimpa Faisal Halim
Selepas perlawanan tamat, Mancini menjelaskan mengapa skuad bimbingannya yang dianggap sebagai pasukan pilihan memulakan langkah kelayakan dengan keputusan yang dianggap mengecewakan.
“Kami memiliki masalah dalam memanfaatkan peluang yang ada. Perkara ini sudah terjadi sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini. Namun kami tidak menggunakan keputusan perlawanan sebagai pengukur prestasi kami.
“Pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan perlu menjadi pemain utama bersama kelab masing-masing. Saya memiliki 20 pemain yang hanya memanaskan bangku simpanan ketika bersama kelab mereka.
“Kami seolah-olah tiada jalan penyelesaian terhadap masalah ini,” kata Roberto Mancini.
Kebanjiran pemain dari liga Eropah yang dibeli oleh kelab liga Arab Saudi mula memberi kesan terhadap prestasi skuad kebangsaan negara itu.
Bermula dengan kehadiran Cristiano Ronaldo yang menyertai Al-Nassr, kelab lain turut mengambil langkah sama dengan menandatangani pemain bintang agar tidak ketinggalan.
Antara pemain bintang lain yang beraksi di liga Arab Saudi ketika ini ialah Neymar, Karim Benzema, Sadio Mane, Roberto Firmino, Joao Cancelo dan Ivan Tooney.
Kehadiran pemain bintang menyebabkan pemain tempatan ditolak keluar dari kesebelasan utama dan hanya memanaskan bangku simpanan dalam kebanyakan perlawanan liga.
اندونيسيا تسجل اول اهداف المباراة 🇮🇩#السعودية_اندونيسيا pic.twitter.com/WmQ797E5F3
— KHALID ALOLYAN 🇸🇦🐪 (@OLYAN15K) September 5, 2024
Dalam perlawanan semalam, skuad Garuda terlebih dahulu mengejutkan Arab Saudi apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 19 menerusi rembatan kencang Ragnar Oratmangoen.
Tersentak dengan jaringan itu, Arab Saudi bangkit mengandakan asakan dan beberapa percubaan berbahaya mereka gagal menewaskan penjaga gol baharu Indonesia, Maarten Paes yang beraksi dengan kelab MLS, Dallas FC.
Namun begitu, gawang gol Indonesia akhirnya bolos juga sebelum tamat separuh masa pertama selepas Musab Fahz Aljuwayr merembat masuk gol penyamaan.
Paes juga muncul wira Indonesia selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Salem Aldawsari yang sepatutnya menghasilkan gol kedua untuk Arab Saudi pada minit ke 78.