Skuad Indonesia jelas berada di tahap berbeza apabila mengutip satu mata berharga selepas mengikat pasukan di ranking 56 dunia, Arab Saudi 1-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kehadiran beberapa pemain warisan ‘gred A’ seperti Maarten Paes, Calvin Verdonk, Jay Idzes, Ragnar Oratmangoen, Thom Haye telah membantu mereka memberi saingan sengit kepada Arab Saudi yang dibimbing oleh Roberto Mancini.
Baca Juga:
- Indonesia Hantar Skuad B-22 Ke Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024
- Jurulatih Vietnam Anggap Aksi Menentang Indonesia Ibarat Final Piala Dunia
- Indonesia Berjaya Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026
1️⃣1️⃣ pertama untuk memulai perjalanan Timnas Indonesia di FIFA 2026 Asian Qualifiers Round 3! 🦅
‣ #GarudaMendunia ‣ #TimnasDay pic.twitter.com/UIiIpzoi8M
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) September 5, 2024
Malah, skuad Garuda terlebih dahulu mengejutkan Arab Saudi apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 19 menerusi rembatan kencang Ragnar Oratmangoen.
Gol tersebut telah memberi semangat tambahan kepada skuad Indonesia yang langsung tidak gentar berdepan pemain berkualiti Arab Saudi.
اندونيسيا تسجل اول اهداف المباراة 🇮🇩#السعودية_اندونيسيا pic.twitter.com/WmQ797E5F3
— KHALID ALOLYAN 🇸🇦🐪 (@OLYAN15K) September 5, 2024
Tersentak dengan jaringan itu, Arab Saudi bangkit mengandakan asakan dan beberapa percubaan berbahaya mereka gagal menewaskan penjaga gol baharu Indonesia, Maarten Paes yang beraksi dengan kelab MLS, Dallas FC.
Namun begitu, gawang gol Indonesia akhirnya bolos juga sebelum tamat separuh masa pertama selepas Musab Fahz Aljuwayr merembat masuk gol penyamaan.
منتخبنا يعود للمباراة عن طريق هدف من اللاعب مصعب الجوير 😍🔥🇸🇦#السعودية_اندونيسيا pic.twitter.com/WLuxpObQlW
— KHALID ALOLYAN 🇸🇦🐪 (@OLYAN15K) September 5, 2024
Memasuki separuh masa kedua, perlawanan menjadi lebih rancak dengan kedua-dua pasukan saling menyerang untuk memburu gol kedua masing-masing.
Arab Saudi jelas sukar menembusi benteng pertahanan Indonesia yang beraksi dengan cukup cemerlang dan berdisiplin.
Malah, Paes juga muncul wira Indonesia selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Salem Aldawsari yang sepatutnya menghasilkan gol kedua untuk Arab Saudi pada minit ke 78.
حسرة سالم الدوسري ومواساة زملاءه اللاعبين له بعد اضاعة ركلة الجزاء 🥲💔#السعودية_اندونيسيا pic.twitter.com/RBk6uStrmS
— KHALID ALOLYAN 🇸🇦🐪 (@OLYAN15K) September 5, 2024
Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menandakan permulaan baik kepada skuad Indonesia dalam memburu impian beraksi di Piala Dunia 2026.