Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir menegaskan bahawa skuad Garuda tetap akan menghantar pasukan bawah 22 tahun (B-22) ke saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024.

Keputusan itu dibuat walaupun tarikh sepak mula kejohanan serantau itu dianjakkan dari 23 November ke 9 Disember dimana ia berlangsung kira-kira beberapa minggu selepas perlawanan ketiga dan keempat Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia bakal menjadi medan terbaik untuk mematangkan lagi skuad B-22 dalam usaha memburu pingat emas Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand.

“Senang dapat kembali bertemu ‘coach’ Shin Tae-yong yang sudah sihat, dan siap kembali bekerja,” ujar Erick menurut sumber laporan Goal Indonesia.

“Kami juga sudah mula membincangkan tentang persiapan Piala AFF dan Sukan SEA dengan mempersiapkan skuad kebangsaan B-22. Bismillah skuad kebangsaan dapat memberikan yang terbaik.”

Saingan Piala AFF menyaksikan Indonesia masih lagi belum pernah mengecap nikmat selaku juara dimana pencapaian terbaik mereka adalah muncul naib juara edisi 2000, 2002, 2004, 2010, 2016 dan 2020.

Indonesia telah diundi dalam satu kumpulan bersama-sama Vietnam, Filipina, Myanmar dan Laos.

Sebagai rekod, Thailand muncul pemenang terbanyak dalam sejarah pertandingan yang sebelum ini turut dikenali sebagai Piala AFF itu dengan tujuh kali kejuaraan iaitu pada 1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020 dan 2022.

Edisi lalu menyaksikan Thailand yang ketika itu dikendalikan Mano Polking berjaya menundukkan Vietnam 3-2 secara agregat.

Singapura memenanginya sebanyak empat kali (1998, 2004, 2007 dan 2012) dan Vietnam mengekori dengan dua kejuaraan (2008 dan 2018). Manakala, Malaysia muncul juara edisi 2010 ketika skuad Harimau Malaya dibimbing Datuk K. Rajagopal.