Cristiano Ronaldo berharap bahawa aksi menentang Sepanyol pada pusingan 16 Piala Dunia 2026 awal pagi esok bukanlah pengakhiran perjalanan beliau dalam kancah berprestij ini
Bertemu Sepanyol yang turut dianggap sebagai antara pilihan juara jelas bukan tugas mudah buat Ronaldo dan rakan sepasukannya.
Sama seperti pasukan lain, perlawanan ini juga dilihat sebagai detik penting buat Portugal. Bukan sahaja dalam usaha memburu tempat ke suku akhir, malah berpotensi menjadi pentas penentu kepada masa depan Ronaldo di kempen ini.
Apabila ditanya wartawan sama ada perlawanan menentang Sepanyol itu boleh menjadi aksi ‘perpisahan’ beliau di Piala Dunia, Cristiano Ronaldo menjawab dengan nada bersahaja dan penuh humor, namun tetap mengakui betapa besar makna perlawanan tersebut.
Cristiano Ronaldo Mahu Beri Segalanya Di Piala Dunia 2026
Pada masa sama, kapten Portugal itu tidak menafikan bahawa setiap perlawanan di peringkat ini membawa tekanan tambahan, apatah lagi apabila ia berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya di pentas Piala Dunia sekiranya Portugal gagal mara.
“Saya harap esok bukan perlawanan Piala Dunia terakhir saya. Saya harap ia bukan, supaya orang masih boleh terus mengkritik saya.”
Walaupun tidak mengesahkan mengenai persaraan, Ronaldo memberi bayangan bahawa kekalahan kepada Sepanyol boleh menamatkan perjalanan Piala Dunia beliau.
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa pandangan luar tidak akan menentukan bila beliau harus mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak.
“Saya sentiasa memberikan segala-galanya dan itu tidak akan berubah, sama ada saya bermain atau tidak.”
“Saya akan berhenti apabila saya sendiri membuat keputusan, bukan apabila orang lain mahukannya. Perkara paling penting ialah bermain dengan baik dan layak,” ujar Ronaldo menurut sumber laporan Bein Sports.