Ruben Amorim telah membayar 30 staf kejurulatihan Manchester United untuk membawa keluarga mereka ke final Liga Europa minggu depan di Bilbao.

Amorim berbuat demikian selepas diberitahu oleh kelab bahawa jurulatih, fisio dan pasukan sokongannya perlu membayar tiket mereka sendiri sekiranya mahu menonton aksi final.

Baca Juga:

Kelab ‘Berkira’, Ruben Amorim Tanggung Kos Untuk Staf

Hierarki United menyediakan dua tiket ke Bilbao untuk dibeli oleh staf dan bukannya membiayai perjalanan percuma ke final seperti yang dilakukan oleh kelab lain.

Ruben Amorim
Sir Jim Ratcliffe

Sebaliknya, finalis Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain mengesahkan minggu lalu bahawa mereka akan membayar 600 kakitangan untuk menghadiri perlawanan mereka menentang Inter Milan di Munich pada 31 Mei.

Menurut laporan ESPN, United mengambil keputusan tersebut untuk memastikan penyokong dapat membeli sebanyak mungkin tiket daripada peruntukan 15,000 kelab untuk perlawanan di Estadio San Mamés.

Pemain hanya diperuntukkan dua tiket setiap seorang manakala ahli keluarga dan rakan-rakan harus menanggung sendiri kos perjalanan mereka.

Ruben Amorim
Soccer Football – Europa League – Manchester United v Bodo/Glimt – Old Trafford, Manchester, Britain – November 28, 2024 Manchester United manager Ruben Amorim applauds fans after the match REUTERS/Molly Darlington/File Photo

Amorim kemudiannya memutuskan untuk membayar staf, ini termasuk kakitangan yang bergaji rendah, sebagai ganjaran dan pengiktirafan atas sumbangan dan komitmen mereka sepanjang enam bulan yang sukar di kelab itu.

Sir Jim Ratcliffe memberitahu pemain pemain dan jurulatih Manchester United bahawa tidak akan ada keraian perarakan piala jika mereka menjuarai Europa League.

Ruben Amorim
Kredit Foto: Action Images via Reuters/Jason Cairnduff

Sebaliknya, hanya akan ada majlis makan makan dan barbeku sahaja di pusat latihan kelab sebagai majlis sambutan ringkas jika mereka julang UEL itu nanti.