Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mahu semua pihak untuk bersatu bagi tragedi musim ini tidak berulang.

Menurut Ruben Amorim, musim ini serba tidak menjadi dimana mereka menamatkan saingan liga di tangga ke-15 serta tewas dalam final UEFA Europa League.

Baca Juga:

Dia berkata masa yang baik akan tiba tetapi semua orang menghadapi pilihan – sama ada untuk bergaduh satu sama lain atau bersatu.

Pesana Ruben Amorim

Ruben Amorim
Soccer Football – Premier League – Tottenham Hotspur v Manchester United – Images via Reuters/Paul Childs

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf untuk musim ini. Saya tahu anda benar-benar kecewa dengan saya dan dengan pasukan.

“Kami sangat berterima kasih atas sokongan anda pada musim ini dan saya tahu bahawa ia sangat sukar.

“Sekarang kami perlu membuat pilihan atau kami kekal terperangkap pada masa lalu kerana musim ini adalah masa lalu, ia sudah berakhir.

Ruben Amorim
Sumber Gambar: Reuters

“Kami berlawan antara satu sama lain atau kami tetap bersama dan bergerak ke hadapan.

“Enam bulan lalu, dalam tiga perlawanan pertama saya mengendalikan, dengan dua kemenangan dan satu seri, saya katakan kepada anda badai akan datang.

“Hari ini, selepas musim yang penuh bencana ini, saya ingin memberitahu anda hari-hari yang baik akan datang.

“Jika ada satu kelab di dunia yang membuktikan pada masa lalu bahawa ia boleh mengatasi apa-apa situasi, apa-apa bencana ia adalah Manchester United.

Ruben Amorim
Kredit Foto: REUTERS/Scott Heppell

“Sekarang saya ingin minta maaf juga kepada pemain saya, kadang-kadang saya tidak adil, tetapi saya sentiasa cuba jujur dengan anda.

“Terima kasih banyak-banyak, jumpa lagi musim depan,” katanya.