Pengurus Manchester United, Ruben Amorim memberikan respon terhadap boo yang dilaungkan oleh penyokong terhadap pemainnya.

United tewas dengan keputusan 1-0 di tangan ASEAN All Stars dalam aksi Maybank Challenge Cup 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Baca Juga:

Ruben Amorim Bertanggungjawab

Ketika sidang media selepas perlawanan, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan semalam.

Ruben Amorim
Soccer Football – Europa League – Manchester United v Bodo/Glimt – Old Trafford, Manchester, Britain – November 28, 2024 Manchester United manager Ruben Amorim applauds fans after the match REUTERS/Molly Darlington/File Photo

“Saya selalu merasakan tanggungjawab terhadap prestasi pasukan, sejak kali pertama saya tiba.

“Boo itu mungkin sesuatu yang kita perlukan. Saya dapat merasakan sokongan mereka walaupun pada penghujung perlawanan.

“Mereka berdiri di sisi kami. Tetapi sekarang, mungkin reaksi ini akan membuka mata kami. Kami perlu menjadi lebih baik musim depan.

Ruben Amorim
Sumber Gambar: Asean Football

“Jika pasukan beraksi, sudah tentu sokongan akan bertambah. Saya tidak mempunyai perasaan keras terhadap penyokong,” katanya.

Lebih 70 ribu penyokong hadir ke Stadium Nasional bagi menyaksikan skuad bimbingan Ruben Amorim menentang ASEAN All Stars.

Ruben Amorim
Sumber Gambar: Asean Football

Pemain Myanmar, Maung Maung Lwin menjadi wira dimana beliau menjaringkan gol tunggal dan memberikan kemenangan bagi ASEAN All Stars.