Ruhainies menyatakan dia kesal kerana telah membuatkan peminatnya menanggung malu di atas apa yang menimpanya.

Ruhainies dituduh di mahkamah atas kesalahan berkhalwat. Dia dan Aliff Aziz dilaporkan melakukan kesalahan itu beberapa bulan lalu di sebuah kondominium.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Kejadian itu berlaku pada 9 Mac lalu. Kes tersebut membuatkan peminat peminat industri seni tanah air menjadi gempar.

Ini kerana Ruhainies merupakan sahabat baik kepada Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Kes tersebut menjadi punca keretakan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah yang sah bercerai baru baru ini.

Ruhainies konsisten menyatakan bahawa dia tidak bersalah dan tidak melakukan perkara yang tidak senonoh dengan Aliff Aziz. Dia sebelum ini menjelaskan bahawa mereka menjadi mangsa keadaan.

Kedua dua mereka mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada semalam.

Ruhainies meminta peminatnya kekal tenang kerana dia masih belum lagi dibuktikan bersalah. Dia terharu kerana masih ramai peminat yang masih sayangkan dia di sebalik apa yang berlaku kepadanya.

Bercakap kepada OhBulan! Ruhainies berkata: “Bila berlaku benda ini (kes khalwat), saya rasa macam sedih sebab saya kecewakan peminat-peminat yang ada, dan peminat yang sayangkan saya.

“Tapi sekarang ini, kes baru tertuduh, belum dibuktikan bersalah lagi. Jadi, saya harap semua boleh tunggu dan kita boleh tengoklah. Tunggu dan lihat.”

Ruhainies akui apa yang menimpanya ketika ini juga membuatkan dia tertekan.

“Sebab saya pun manusia biasa,” tegas Ruhainies lagi.

@ohbulanofficial

Replying to @*~Sharina~* Okay last. Kita nantikan drama seterusnya ya rakan2 🫢🏻 #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #ruhainies #mengaku #tak #berkhalwat

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!