Masih panas kisah antara Aliff Aziz yang dilaporkan ditangkap khalwat dengan selebriti wanita.

Dan ramai menuduh selebriti itu ialah Ruhainies walaupun masih belum ada pengesahan tentang perkara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini selepas ada yang mendakwa rakaman CCTV menunjukkan kelibat Aliff Aziz dan Ruhainies bersama.

@ohbulanofficial

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Dalam beberapa video dikongsi di media sosial di mana Bella Astillah – isteri kepada Aliff Aziz – berada di perkarangan Pejabat Agama Islam, kira kira 2.40 pagi tadi.

Bella Astillah enggan mengulas tentang laporan bahawa suaminya ditangkap khalwat. Dan meminta untuk diberikan ruang pada ketika ini.

@ohbulanofficial

Replying to @OHBULAN! Kehadiran pelakon Bella Astillah di Pejabat Agama Islam seawal jam 2.40 pagi telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan wargamaya 🥺 #ohbulan #sembangentertainment #bellaastillah #di #pejabat #agama #aliffaziz #dakwa #khalwat

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Namun begitu, Ruhainies dengan selamba memuat naik video Aliff Aziz mendendangkan bait lagu Hakikat Sebuah Cinta ketika berehat di set penggambaran.

Ruhaninies seperti membayangkan bahawa tiada apa yang berlaku antara mereka.

Sebelum video tersebut, Beautifulnara turut melaporkan Ruhainies turut memuat naik video di Instagram story mempamerkan Aliff Aziz memayunginya.

@ohbulanofficial

Replying to @Mamy Aish Ruhainies turut terpalit selepas dia didakwa merupakan pasangan wanita yang ditangkap berkhalwat bersama penyanyi, Aliff Aziz? 👀 #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #didakwa #ditangkap #khalwat #bersama #ruhainies

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ramai peminat pelik dengan apa yang dilakukan Ruhainies. Ada yang melabel dia sebagai tidak tahu malu. Namun ada juga yang masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat tentang apa sebenarnya telah berlaku.

Hal ini kerana Ruhainies masih belum memberikan sebarang ulasan tentang namanya yang dikaitkan dengan Aliff Aziz.

Ruhainies antara selebriti yang sangat rapat dengan Bella Astillah. Dan beberapa video serta gambar kemesraan mereka dikongsikan semula oleh peminat di media sosial.