Ruhainies bengang dengan pemilik akaun Instagram dengan nama Kad Digital Murah. Di manma akaun IG tersebut telahh memuat naik gambar kad jemputan pertunangan Ruhainies dan Aliff Aziz.
Pada kad tersebut turut tertera tarikh pertunangan mereka pada hujung bulan ini, 29 Jun 2024.

Kad tersebut telah mengundang fitnah menurut Ruhainies yang akui dia dah bosan dengan perkara seperti ini.
Ruhainies malah sudah mengancam mahu menyaman pihak tersebut. Ruhainies menulis: “Salam, terlalu lama saya mendiamkan diri dan membiarkan orang mereka cerita fitnah macam macam tentang saya.
“Terlalu banyak media dan bloggers yang tidak bertanggungjawab membuat artikel tanpa interview saya dan pembaca menganggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.
“Ingin saya tegaskan di sini, segala apa artikel yang dikeluarkan selama ini yang bukan interview dari mulut saya yang telah dikeluarkan adalah palsu.
“Kepada page ini, saya akan pastikan kamu akan membayarnya. Pengajaran untuk syarikat syarikat lain juga yang tidak bertanggungjawab yang selama ini mereka cerita demi menaikkan followers dan viewers.
“Saya dah lama sangat berdiam. Kepada pengguna Instagram yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media sosial. Fitnah menjadi kebiasaan untuk mereka ini. Dunia ini dah terlalu TENAT.”
Ruhainies kemudian memohon pengikutnya agar memaklumkan kepadanya jika ada ternampak pihak tidak bertanggungjawab menabur fitnah ke atas dirinya.
“Sama sama kita bantu untuk ambil tindakan sewajarnya. Mungkin hari ini saya yang kena, hari lain orang yang anda sayang pula,” tegas Ruhainies yang mengajak peminatnya melaporkan page tersebut.