Salah satu trend yang sering dilakukan oleh penjual di Malaysia bagi melariskan menu makanan adalah dengan menambah cheese leleh padanya. Boleh dikatakan hampir semua makanan mahu ditambahnya dengan cheese tersebut.

Walaupun sebahagian individu mungkin boleh menerima dengan ‘inovasi’ tersebut, ada juga yang meluahkan rasa muak kerana ia merosakkan sesuatu juadah dan lebih teruk lagi berpotensi menyumbang kepada masalah kesihatan.

Baca Juga:

Bahkan, trend cheese leleh ini turut mengejutkan pengguna media sosial dari luar negara apabila melihat yang tular di platform X baru-baru ini.

Menerusi hantaran pengguna akaun @ClownWorld_ yang memiliki lebih 2 juta pengikut itu, video yang dipercayai berlaku di Malaysia memaparkan situasi pelayan sedang menuangkan cheese leleh di atas makanan.

Dalam hidangan talamberkenaan, terdapat sebiji burger, beberapa keping nugget, bebola daging, kentang putar, ramen dan ayam goreng Korea.

“Merosakkan hidangan”, tulisnya di dalam kapsyen hantaran itu.

Ternyata, ramai warganet luar negara mempersoal hidangan itu dengan mengatakan sos keju yang digunakan agak berlebihan. Ada juga yang sempat memerli dengan melabelkan ia sebagai hidangan “serangan jantung”.

Sumber Gambar: X @ClownWorld_
Sumber Gambar: X @ClownWorld_

Satu perkongsian daripada Public Health Malaysia menyatakan sos keju ‘leleh’ ini memang mempunyai pelbagai keburukan dan ia menyumbang kepada masalah kesihatan.

Sos keju ini sebenarnya mengandungi bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa tiruan, garam, gula dan Maltodextrin. Kombinasi bahan proses ini sekaligus boleh menyumbang kepada masalah obesiti, kegemukan dan mengganggu pembesaran kanak-kanak.