Sebelum ini, sudah dilaporkan peningkatan jumlah rumah tidak laku di Malaysia kerana harganya yang terlalu tinggi. Ramai individu merasa terbeban untuk memiliki kediaman masing-masing lantas lebih selesa untuk menyewa pada ketika ini.

Terkini, sebanyak 2,312 unit hartanah perumahan yang majoritinya perumahan yang dijual dengan harga dalam lingkungan RM200,000 ke atas tidak terjual setakat tahun 2022, demikian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Sinar Harian

Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching (PH- Teja), berkata ia berdasarkan data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dengan rumah jenis kondominium atau apartmen penyumbang tertinggi rumah tidak terjual di Perak.

Katanya, dua jenis rumah itu mencatatkan sebanyak 1,203 unit atau 52.03 peratus dengan daerah Kinta mencatatkan angka tertinggi iaitu 1,065, diikuti Manjung (498), dan Kampar (328) manakala daerah yang mencatat jumlah terendah perumahan tidak terjual adalah Bagan Datuk (9).

“Data menunjukkan rumah yang tidak terjual adalah dengan harga di luar kemampuan serta tidak memenuhi permintaan pembeli di dalam lokaliti projek terbabit.

“Bagaimanapun dari tahun 2018 sehingga tahun 2022, berlaku penurunan yang konsisten perumahan yang tidak terjual.

“Berdasarkan data NAPIC ini, ia menunjukkan rakyat Perak lebih cenderung membeli rumah kategori kos rendah iaitu berharga di bawah RM100,000,” katanya menjawab soalan lisan Chaw Kam Foon (PH- Menglembu) dalam persidangan DUN Perak, di sini.

Sementara itu, Sandrea berkata, antara langkah bagi mengatasi masalah rumah tidak terjual di negeri ini ialah dengan pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Perak.

Ujar selanjutnya, bagi pembangunan yang melibatkan keluasan tanah melebihi lapan hektar, pemaju diwajibkan untuk membina 40 peratus pembangunan rumah mampu milik yang merangkumi pembinaan Rumah Perakku I, Rumah Perakku II dan Rumah Perakku III.

Pihak Pemaju dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyusun strategi dan melaksanakan kajian pasaran dan permintaan berdasarkan lokaliti setempat sebelum memulakan sebarang projek.

Tambah Sandrea, bagi tahun 2023 sebanyak 356 rumah mampu milik disiapkan dan sebanyak 1,929 unit rumah kategori itu siap dibina di Perak pada tahun depan.