Rumah salah seorang penyokong tegar rejim Zionis yang sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestine musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang sedang berlaku di Los Angeles.
Pelakon dan pengarah ternama di Holywood iaitu James Wood menangis ketika ditemu bual oleh salah satu stesen televisyen tempatan dimana beliau menyatakan bahawa rumahnya musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
Baca Juga:
- Kelayakan Piala Dunia: Norway Enggan Turun Menentang Israel
- Ultras PSG Melawan Arus, Laung Sokongan Terhadap Palestine
- Pemain Morocco Ini Digugurkan Kerana Sokong Palestine
“Suatu hari anda berenang di kolam dan keesokan harinya semuanya hilang .Terdapat banyak huru-hara, ia seperti neraka. Setiap rumah terbakar di sekeliling kami,” kata James.
Akan tetapi, ramai pihak tidak merasa kasihan terhadap James dimana mereka menganggap apa yang terjadi terhadapnya adalah balasan dari Tuhan selepas memberi sokongan kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine.
Beberapa bulan lalu, James menyatakan beliau tidak menyokong sekiranya ada gencatan senjata antara tentera Zionis dan juga Hamas dimana beliau mahu semua rakyat Palestine dihapuskan dari muka bumi.
“Tiada gencatan senjata, tiada kompromi, tiada maaf. Tiada apa yang perlu diragukan. Bunuh mereka semua,” tulis James menerusi laman media sosial X miliknya.
Selain James, seorang lagi artis terkenal iaitu Paris Hilton turut kehilangan rumahnya yang musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran Los Angeles kali ini.
Hilton menyiarkan satu klip video berita di Instagram dan berkata ia termasuk rakaman rumahnya yang musnah di Malibu. “Rumah ini adalah tempat kami membina begitu banyak kenangan berharga. Di situlah Phoenix mengambil langkah pertama dan di mana kami bermimpi membina kenangan seumur hidup bersama London,” katanya merujuk kepada anak-anaknya yang masih kecil.
“Kemusnahan tidak dapat dibayangkan. Untuk mengetahui ramai yang bangun hari ini tanpa tempat yang mereka panggil rumah adalah benar-benar menyayat hati,” tulisnya.