Umum tahu sejak beberapa tahun terakhir ini, rumah dengan harga mencecah RM500,000 gagal mendapat pembeli berikutan harganya yang diluar kemampuan kebanyakan Rakyat Malaysia. Malah melalui hasil kajian tahun lalu, jumlah rumah tidak terjual berada di paras tertinggi sepanjang sedekad ini.

Melihat kepada jumlah rumah tidak terjual yang tinggi khususnya yang hartanah dengan harga premium, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin menerusi program Smart Cities Asia 2019 sedia membuka peluang buat pembeli China dan Hong Kong mendapatkan hartanah di Malaysia.

2606_zuraida_kamaruddin1-seo
Sumber: Change

Menurut YB Zuraida, harga hartanah di Malaysia yang rendah bagi pembeli China dan Hong Kong berbanding negara mereka antara yang menjadi pemangkin hartanah tidak terjual bernilai RM100 bilion bakal diisi dengan lebih cepat.

Sebagai perbandingan, hartanah dengan saiz 250 kaki persegi telah dinilai RM3 juta di Hong Kong dimana pembeli Hong Kong boleh mendapatkan hartanah yang lebih besar di Malaysia. Berdasarkan laporan, jumlah hartanah tidak terjual di kawasan Putrajaya antara yang bakal ditawarkan buat para pembeli negara luar.

Setakat ini keputusan ini telah diumumkan manakala pihak pemaju bakal menjalankan tugas dalam memasarkan hartanah tidak terjual mereka kepada pembeli China dan Hong Kong.

Kami kongsikan kepada beberapa berita lain mengenai hartanah tidak terjual yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Sime Darby Property Sedia Tawarkan Rumah Tidak Terjual Dengan Harga Lebih Rendah

Jumlah Rumah Tidak Terjual Berada Di Paras Tertinggi Sepanjang Sedekad

5 Pulau Peribadi Ini Tidak Akan Laku Walaupun Dijual Dengan Harga Murah