Sebut mengenai rancangan Running Man pasti ramai yang mengetahuinya. Rancangan yang berlangsung lebih sedekad dan menampilkan beberapa selebriti popular Korea Selatanini turut berjaya mengumpul peminat serata dunia termasuk Malaysia.
Walau bagaimanapun, rancangan yang mempunyai peminat setia yang ramai ini mungkin bakal mengalami pengurangan peminat selepas ini menerusi ‘iklan’ yang ditampilkan dalam salah satu episod terbaru.
Baca Juga:
- ‘Sebab Ramai Boikot’ – Ini Reaksi Netizen Selepas Starbucks Amerika Syarikat Benarkan Pembeli Guna Cawan Sendiri
- Bisnes Diboikot, CEO Starbucks Dakwa Masyarakat Terpengaruh Dengan Fahaman Yang Salah
Menerusi dakwaan netizen, Running Man buat julung-julung kalinya mempromosikan jenama Starbucks yang didapati menyokong Israel secara terang-terangan dalam episod yang tular ini.
running man pun dah start promote starbucks now. dahla, byebye running man 💀 pic.twitter.com/ufDiSWyk1S
— nab 🎧 (@thinkaboutwhe) January 23, 2024
Lebih menghairankan, netizen mendakwa mereka dibayar untuk mempromosikan Starbucks dengan memaklumkan jenama ini menjadi pilihan mereka serta menunjukkan babak mereka memegang cawan daripada Starbucks.
Tindakan mempromosikan Starbucks di saat bumi Gaza diserang ini dilihat sebagai tidak relevan dan sensitif ini membuatkan netizen Malaysia memilih untuk memboikot rancangan ini.
I will no longer to watch that show anymore because they promoting the things that should be boycott💀💀💀💀 https://t.co/39agozLXvl pic.twitter.com/F247g1vU20
— Khayrin Qistina 🇲🇾🍉 (@KhayrinQistina3) January 23, 2024
K-industry is so dumb I can't believe it. Korean people are out there demonstrating for Palestine but these dumbos promote pro-genocide brands! Running Man is the type to put fugly tapes over their shirts to cover up sponsorships. I hate them so much now for their tone deafness. https://t.co/aMvJN7DOCS
— JaneKa's Poet | Artist 𓂆 (@pixiemermaid) January 23, 2024
knowing this show, they never NEVER, once promote any brand as openly as thiss! https://t.co/AP32JtFr4a
— shhh…. (@bubu_y0ng) January 23, 2024
Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan rancangan ini tidak pernah mempromosikan mana-mana jenama secara terang-terangan sebelum ini namun tidak bagi jenama Starbucks.
Tindakan yang dilakukan bukan sahaja memberi kesan kepada para penonton di Malaysia, malah negara luar yang menyokong bumi Palestin perlu bebas daripada ancaman Zionis.