Skuad kebangsaan Russia mengejutkan peminat bola sepak apabila mengumumkan aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking 183 dunia, Brunei.
Perlawanan tersebut bakal berlansung di Stadium Krasnodar, sebuah bandar dari selatan Russia pada 15 November depan. Tiket perlawanan itu akan diumumkan kemudian.
Baca Juga:
- Russia Intai Peluang Lawan Harimau Malaya Oktober Depan
- FAM Nafi Jemput Russia Lawan Harimau Malaya
- Pasukan Asean Mahu Adakan Aksi Persahabatan Menentang Russia
Ini kali pertama mereka beraksi di sana sejak 2017 apabila Russia menentang Ivory Coast dalam aksi persahabatan. Stadium itu mampu memuatkan kira-kira 35,000 penonton.
Russia sebelum ini mahu uji kekuatan Harimau Malaya namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan tidak pernah mengaturkan perlawanan persahabatan menentang pasukan tersebut.
Ini kali kedua Russia bertemu pasukan dari Asia Tenggara kerana sebelum ini mereka telah menewaskan Vietnam 3-0 ketika jendela persahabatan antarabangsa pada bulan September lepas.
Ianya merupakan peluang terbaik Brunei untuk menimba pengalaman menentang pasukan berkelas dunia walaupun sedar jurang kekuatan pemain masih jauh.
Brunei yang tidak layak ke saingan Piala AFF hujung tahun ini telah beraksi lapan perlawanan, termasuk perlawanan persahabatan, serta perlawanan kelayakan Piala Asia dan Kejohanan ASEAN.
Pasukan ini dibimbing oleh Jamie McAllister. Sebagai pemain, McAllister merupakan pemenang Piala Liga Scotland dan Piala Scotland.
McAllister memulakan kerjaya kejurulatihannya pada 2014, bekerja pada kakitangan kejurulatihan Bristol City, Sunderland dan Hibernian Scotland. McAllister kemudian menyertai pasukan kebangsaan Brunei dan mengendalikan kelab DPMM Brunei.