Pada hujung minggu ini salah satu acara tahunan permotoran terbesar Malaysia, perhimpunan RXZ Members akan berlangsung sekali lagi.
Menerusi hantaran terbaharu, pihak RXZ Members mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan sokongan.
Baca Juga:
- ‘Bangga Jadi Orang Melaka’ – Ramai Gembira Tengok CM ‘Sempoi’ Raikan Peserta RXZ Members

- ‘Tiada Kena Mengena Dengan Politik Atau Arahan Atasan’- Polis Nafi Sabotaj Himpunan RXZ Members

- Sanggup Redah ‘Divider’ Lebuh Raya, Tindakan Peserta RXZ Members Elak Roadblock Jadi Perhatian Netizen

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim kerana titipkan ucapan dengan menyokong penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025 pada kali ini.
“Alhamdulillah, terima kasih PMX & Kerajaan Madani menghargai kami komuniti RXZ Members serta juga warga permotoran lain di Malaysia secara ammnya. Inilah ada satu penghargaan yang besar untuk kami.
“InsyAllah, kita semua doakan program ini dipermudah & dilancarkan urusan dan juga semua rider yang hadir selamat sampai di RXZ Members 7.0 2025,” petik hantaran Facebook RXZ Members.
Perdana Menteri beri sokongan penuh acara RXZ Members 7.0
Pada masa sama hantaran Facebook itu juga berkongsi kenyataan media daripada Perdana Menteri.
“Saya menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang akan berlangsung pada 23 Ogos ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.
“Program ini menjadi platform utama yang menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi,” kata Perdana Menteri.
Selain itu, Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI juga akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada para peserta sebagai tanda komitmen dalam menjayakan program berkenaan.
Manakala perbincangan lanjut mengenai keperluan seterusnya akan diadakan bersama pihak penganjur pada minggu hadapan.
Sementara itu, bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang program, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk memberikan bantuan dan kawalan sewajarnya.