Dua lagi kelab Liga Malaysia bakal beraksi di pentas Asia apabila Sabah dan Kedah dicalonkan untuk menyertai Kejohanan Kelab-Kelab Asean (ACC) yang bermula tahun ini.
Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) telah mewujudkan kembali ACC yang sebelum ini dihentikan seketika penganjurannya.

Baca Juga:
- Ong Kim Swee: Tarikh Baharu Sepak Mula Liga M 2024/25 Relevan Buat Sabah
- AFC Cup 2023/24: Sabah Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Zon ASEAN
- Kedah, Selangor Rebut Slot Ke Pentas Asia Malam Ini
Justeru itu, Malaysia Football League (MFL) telah mencadangkan agar pasukan yang berada tempat ketiga dan keempat Liga Super 2023 untuk beraksi di kejohanan tersebut.
“MFL telah mencalonkan kepada AFF melalui FAM agar kelab yang menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ke-3 dan ke-4 iaitu Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC untuk beraksi di ASEAN Club Championship (ACC) 2024.
“Walaubagaimanapun, MFL masih belum menerima maklum balas AFF mengenai cadangan ini,
Juara dan naib juara Liga Super akan terlibat dalam kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan AFC Champions League 2 (ACL 2).
ACC hanya disertai oleh kelab-kelab dari rantau Asia Tenggara sahaja. Sebelum ini, ia pernah dipertandingkan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2003 dan 2005.
Usaha untuk menghidupkan semula kejohanan ini bermula sejak daripada 2012 lagi dan selepas lebih daripada 10 tahun, AFF akhirnya akan menganjurkan semula ACC.
π₯ The ASEAN Club Championship will return from the 2024/25 season with home-away format.
πThe qualifying round : 17/7 and 24/7/7 2024.
π The group stage : August 2024 to February 2025.
π The semi-finals : April 2025
π Final Match : May 21, 2025.#AFF pic.twitter.com/dPl7Rw0Xid— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 15, 2023
Menurut perancangan AFF, saingan ACC musim 2024/25 akan diadakan secara timbal balik dari pusingan awal hingga perlawanan akhir.
Saingan dijangka akan bermula pada Julai 2024 dengan pusingan kelayakan diadakan pada 17 dan 24 Julai. Saingan peringkat kumpulan akan bermula daripada bulan Ogos 2024 hingga Februari 2025.
Aksi separuh akhir akan berlangsung pada bulan April 2025 dan kemudian perlawanan akhir pada 21 Mei 2025.