Seorang pelancong China sempat mereka penipuan yang dibuat oleh peniaga lobster di Semporna.
Menurutnya, sekumpulan pemuda yang berniaga itu awalnya tidak mahu menerima wang yang dia hulurkan. Atas alasan wang tersebut kelihatan seperti duit palsu.
Pelancong itu kemudian menegaskan bahawa dia baru keluarkan wang tersebut daripada mesin ATM berdekatan.
Namun kemudian mereka membelek semula kepingan kepingan wang tersebut.
Ketika itu salah seorang daripada pekerja di situ mulai menukar lobster di dalam plastik mereka dengan udang yang saiz lebih kecil.
Dan mereka kemudian mengesahkan wang itu bukan wang palsu dan menyerahkan lobster yang dibelinya.
Pelancong itu kemudian merampas semula wangnya daripada tangan peniaga itu dan menyatakan bahawa lobster itu sudah ditukar.
Keadaan agak tegang, dengan pemuda pemuda tersebut mulai mengejeknya.
Video tersebut tular di media sosial. Dan netizen Malaysia jelas tidak gembira dengan kelakuan peniaga tersebut yang dianggap mencemarkan nama baik Malaysia.
Malah ada yang menyindir, jangan pula nanti merayu dan sedih ketika semakin ramai pelancong mulai tawar hati melancong ke Semporna kerana kelakuan peniaga yang tidak jujur.
Buat selalu selalu…. nanti takda sape datang melancong tempat kau…. pic.twitter.com/qALDJPlEt3
— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 21, 2025
Netizen meminta peniaga peniaga tersebut agar jujur dalam berniaga.

Netizen dari Sabah juga marah dengan tindakan peniaga tersebut, dan menyatakan bahawa, dia sendiri antara orang Sabah yang tidak suka pergi ke Semporna, ini kerana semakin ramai penipu.
Lebih mengecewakan, menurutnya, ramai pendatang asing tanpa izin yang berniaga.
“Memang bang***, buat malu orang Sabah sahhaja,” tegasnya dalam keadaan mara
