Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali mengharapkan Romel Morales yang baharu sahaja bergelar pemain naturalisasi negara dapat cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan dimahukan Kim Pan-gon.
Nama Morales terus berada dalam senarai 26 pemain yang dibawa ke Piala Asia 2023 selepas beliau sah bergelar rakyat Malaysia pada Disember lalu.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
Memuji kemampuan hebat dimiliki Morales, Safee bagaimanapun tetap sedar bekas rakan sepasukannya itu pada ketika ini berada dalam tekanan untuk memberikan yang terbaik ketika menyarung jersi skuad negara di Qatar nanti.
“Memang Romel Morales dan Natxo [Insa] ada kualiti yang berbeza dan memberikan satu dinamik baharu kepada pemilihan ‘coach’ Kim Pan-gon,” ujar Safee Sali bercakap kepada wakil The Vocket.
“Mereka ada kelebihan masing-masing dan bagaimana Kim Pan-gon dapat mencorakkan corak permainan individu mereka ke dalam pasukan.”
“Itu yang kita ingin lihat dan saya harap dengan kehadiran Romel terutamanya yang baru dipanggil untuk skuad pada kali ini cepat mendapat keserasian dalam corak permainan yang ‘coach’ Kim Pan-gon ingin terapkan.”
“Saya berharap dia tidak terganggu dan memang sebenarnya tekanan tinggi buat Romel kerana dia datang pada saat terakhir ke dalam pasukan.”
“Semua mengharapkan dia dapat memberikan impak kepada pasukan, jadi saya harapkan dia dapat menangani tekanan yang akan dihadapi sepanjang Piala Asia ini,” tambah Safee Sali lagi.