Mohamed Salah menyimpan impian besar bersama Trabzonspor selepas menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab saingan Turkish Super Lig itu.

Selepas menikmati sembilan musim penuh gemilang bersama Liverpool, peledak berbisa kelahiran Mesir itu memilih untuk mencuba haluan baharu dalam kariernya.

Beliau sebelum itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Saudi Pro League serta Besiktas sebelum akhirnya menandatangani kontrak selama bersama Trabzonspor.

Walaupun dikritik kerana memilih saingan liga lebih mudah berbanding kemampuan hebat dimilikinya, Salah tetap optimis untuk memenangi piala bersama Trabzonspor.

Trabzonspor tidak memenangi kejuaraan Turkish Super Lig sejak musim 2021/22, meskipun mereka berjaya menjulang Piala Turkiye pada musim lalu selepas menewaskan Konyaspor di pentas final.

Impian Salah Bersama Trabzonspor

Salah secara rasmi diperkenalkan kepada penyokong di Papara Park selepas menandatangani kontrak baharunya dan berikrar untuk membawa pulang trofi.

“Beberapa hari kebelakangan ini merupakan pengalaman yang tidak pernah saya lalui dalam hidup,” ujar Salah menurut sumber laporan beIN Sports.

“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana hadir. Anda menunjukkan begitu banyak kasih sayang kepada saya dan saya tidak pernah menjangka sambutan seperti ini. Saya berada di sini untuk menang.”

Trabzonspor merupakan juara liga sebanyak tujuh kali dan menamatkan saingan di tempat ketiga musim lalu, lapan mata di belakang juara, Galatasaray.

Mereka akan memulakan kempen baharu menentang Kasimpasa pada 15 Ogos.

Sumber