Seorang pengguna jalan raya telah merakam satu insiden pergaduhan melibatkan pemandu Proton Saga dan van di PUJ 3, Taman Bukit Jalil yang dipercayai berlaku pada hari semalam.

Di dalam video itu menunjukkan seorang lelaki memakai topi berdiri di sebelah tingkap dan memarahi pemandu van yang didakwa melanggar bahagian belakang Proton Saga miliknya. Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut melepaskan beberapa tumbukan menerusi tingkap mengenai pemandu van tersebut.

Walaupun pemandu itu kelihatan tidak membalas semula serangan, lelaki bertopi itu membuka pintu van dan menarik keluar pemandu berkenaan dan terus membelasahnya dengan ‘buah silat’ sehingga terbaring di atas jalan tanpa menghiraukan kenderaan lain sedang lalu-lalang ketika itu.

Sejurus pemandu van terbaring kesakitan, penyerang terbabit segera masuk ke dalam van tersebut untuk memberhentikannya daripada terus bergerak secara mengundur.

Rakaman video pendek yang tular itu telah meraih perhatian netizen dan ramai yang mempertikaikan tindakan lelaki bertopi itu. Menurut orang ramai, lelaki itu tidak sepatutnya memukul pemandu van itu begitu sekali walaupun mangsa didakwa bersalah dalam kejadian kemalangan berkenaan.

Sumber Gambar: Taman Puncak Jalil DIGITAL COMMUNITY
Sumber Gambar: Taman Puncak Jalil DIGITAL COMMUNITY
Sumber Gambar: Taman Puncak Jalil DIGITAL COMMUNITY
Sumber Gambar: Taman Puncak Jalil DIGITAL COMMUNITY
Sumber Gambar: Taman Puncak Jalil DIGITAL COMMUNITY

Netizen menegaskan bahawa pemandu Proton Saga dan van itu boleh sahaja berbincang dengan cara lebih baik dan berhemah untuk menyelesaikan insiden kemalangan di antara mereka berdua.

Tambah orang ramai lagi, tindakan lelaki bertopi terbabit boleh membahayakan pengguna jalan raya lain yang sedang lalu-lalang di laluan tersebut. Pada masa sama, lelaki itu tidak sepatutnya menyalah gunakan ilmu mempertahankan diri untuk menindas pihak yang lebih lemah.

Seorang pengkritik filem undang rasa tidak puas hati Yusuf Azmi kerana didakwa telah memburukkan seni persilatan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Yusuf Azmi Berang ZhafVlog Nilai Filem Syahadan ‘3/5 Shit’, Mahu Jumpa Ajar Pasal Adab

Netizen Dakwa Pemilik Ford Mustang Sengaja Berhenti Di Tengah Jalan Demi Konten

Sumber