Salah satu kumpulan penyokong iaitu Ultras Panther membuat keputusan untuk memboikot kejohanan Pestabola Merdeka 2024 atas beberapa faktor.

Kumpulan penyokong yang dimaksudkan ialah Ultras Panther dimana menerusi laman media sosial rasmi, mereka menjelaskan sebab mengapa kumpulan itu memboikot kejohanan tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Setelah perbincangan dilakukan dan maka dengan seteguh semangat dan sebulat kata, Ultras Panthers tidak akan turun untuk semua perlawanan di Pestabola Merdeka 2024. FAM dan MFL gagal!

“Isu perletakan jawatan coach KPG yang sangat kontroversi dan jawapan dari FAM penuh sandiwara.

“Keadaan pengurusan Liga Malaysia yang makin merapu dari MFL serta beberapa keputusan dari MFL dan FAM berkait isu-isu semasa baru-baru ini yang menimbulkan banyak keraguan dan tiada penjelasan.

“Kegagalan FAM dalam mengatur perlawanan persahabatan yang diminta KPG sebelum Kelayakan Piala Dunia baru-baru ini membawa kepada kegagalan layak ke pusingan ketiga.

“FAM tidak mengambil serius isu surat layang berkaitan kebobrokan peringkat dalaman FAM dan tiada empati atas kejadian yang menimpa pemain kebangsaan terutama kes Faisal Halim,” dipetik dari kenyataan di laman X.

Pestabola Merdeka edisi kali ini disertai oleh empat pasukan termasuk Malaysia sebagai tuan rumah manakala tiga lagi pasukan ialah Filipina, Lebanon dan Tajikistan.

Malaysia akan bertemu Filipina (4 September) pada perlawanan pertama manakala Tajikistan akan bertemu Lebanon. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 8 September. Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.