Republik Indonesia kini giat membangunkan infrastruktur negara mereka, lebih-lebih lagi kawasan ibu kota baharu, ‘Nusantara’ yang terletak di Kalimantan Timur giat dibangunkan.
Pada hari ini, Isnin (19/6) pukul 5.21 pagi (waktu Indonesia) atau Ahad (18/6) pukul 6.21 petang waktu Florida, Amerika Syarikat, Satelit Republik Indonesia (SATRIA)-1 dilancarkan. Satelit terbesar Indonesia berjaya terbang ke orbit sasaran 146 Bujur Timur.
Baca Juga:
- Pekerja Indo Sambut Jokowi Di ‘Little Jakarta’ Chow Kit Dengan Nyanyian Lagu Kebangsaan Indonesia
- Netizen Indonesia Dan Malaysia ‘Berperang’ Di Instagram Susulan Kenyataan Taufik Hidayat Terhadap LCW
- Netizen Puji Tindakan Penduduk Turun Pandang Bersihkan Pantai Terkotor Di Indonesia
SATRIA-1 dibawa oleh roket Falcon 9 milik SpaceX dari landasan di Cape Canaveral, Florida. Falcon 9 ialah roket yang mendarat secara menegak dan boleh digunakan semula untuk misi seterusnya.
Peringkat pertama pelancaran Satria-1 berjalan lancar sehingga pendorong pertama dilepaskan dan kemudian Falcon 9 mendarat dengan sempurna di Bumi.
Pada peringkat kedua, Satria-1 meneruskan perjalanan sambil dibawa oleh pendorong kedua menuju ke orbit sasaran. Satria-1 mengambil masa 27 minit untuk tiba di orbit yang ditetapkan.
Satria-1 akan memberikan akses internet di kawasan pedalaman. Satelit ini direka dapat memudahkan perkhidmatan internet di 50 ribu titik kemudahan awam dengan kelajuan 4 Mbps.
Satelit ini dibina oleh Satelit Nusantara 3 dan dipasang oleh Thales Alenia Space (TAS) di Perancis menggunakan platform SpaceBus NEO.
Menurut CNN Indonesia, kos pelaburan untuk membuat SATRIA-1 telah melonjak, daripada AS$450 juta (RM2.08 trilion) kepada AS$540 juta (RM2.49 trilion).
Salah satu sebab kos bertambah adalah kerana pada asalnya SATRIA-1 akan diangkut menggunakan pesawat Antonov tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana perang antara Rusia dan Ukraine.
Pengangkutan SATRIA-1 dilakukan oleh kapal kargo Nordic dari Perancis ke Cape Canaveral melalui laut yang mengambil masa 17 hari.
“Pelancaran SATRIA-1 adalah salah satu usaha kita dalam pembangunan infrastruktur digital yang saksama di pusat perkhidmatan awam di seluruh Indonesia,” petik kenyataan rasmi Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo.