Pada beberapa hari lalu negara digemparkan dengan penemuan kira-kira lebih RM500,000 di dalam sebuah bagasi ditinggalkan di kawasan parkir pusat beli-belah.

Bagasi itu ditemui dan diserahkan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada ketika itu. Kejujurannya itu telah meraih pujian netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian Sherpa Dawa, 39, beliau amat berpegang pada tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

Oleh sebab itulah beliau memutuskan untuk terus membuat laporan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah dan pihak berkuasa.

Sumber Gambar: Berita Harian

“Bila saya jumpa saya macam tak rasa takut apa-apa, sebab kita sudah dapat latihan daripada pihak syarikat, dan kemudian saya tahu saya punya tanggungjawab.

“Saya tak fikirlah duit itu berapa banyak atau sikit, kita buat kita punya kerja sahaja,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Pengawal keselamatan berasal dari Nepal itu telah menerima anugerah dan hadiah daripada syarikat keselamatan, A5 Security Services. Beliau sudah empat tahun berkhidmat di syarikat itu.

Pengarah syarikat, Hardeep Singh Jaswant amat berbangga dengan kakitangannya kerana mengurus kejadian tersebut mengikut tatacara yang betul.

“Kami amat menghargai dengan kesetiaannya dengan syarikat, dan jujur. Mereka telah mendapat latihan yang secukupnya, mereka tahu apa yang harus dilakukan oleh kerana mereka tidak mahu mengambil risiko.

“Ia merupakan jumlah yang banyak dan kami sangat hargai apa yang telah pengawal kami lakukan dan kerana itu kami memberi ganjaran kepadanya hari ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyifatkan Sherpa sebagai pekerja terbaik dan berharap dia dapat terus berkhidmat dan bersama-sama menjaga keselamatan.

“Saya harap dia akan kerja lebih lama bersama syarikat kami dan harap dapatkan dilanjutkan permit kerjanya kerana kami memerlukan orang sepertinya,” tambahnya.