Untuk pengetahuan anda, Ruhainies kini berada di tanah suci Makkah dan mengatakan kini impiannya sudah menjadi kenyataan.
Bukan itu sahaja, dia juga memohon maaf kepada semua yang pernah disakitinya dan memaafkan sesiapa yang telah menyakitinya.
Baca Juga:
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
“Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin from Madinah. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang saya sakiti. Saya juga memaafkan sesiapa juga yang menyakiti.
“Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri di akhir Ramadhan ini. Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT.” tulisnya di Instastory.
Sebelum ini, Ruhainies telah menerima kecaman hebat netizen gara-gara dirinya ditangkap khalwat bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.