Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seorang bekas tukang cuci tidak menyangka selepas memenangi Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-96, lapor BERNAMA.

Mohd Nazri Abd Wazir, 61, dari Parit berkata pada mulanya beliau tidak percaya apabila menerima panggilan daripada pihak BSN pada 5 Feb lepas yang memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan hadiah RM1 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Anak ketiga daripada tujuh beradik dan masih bujang itu mula menyimpan dalam BSN sejak 2003 untuk menabung bagi tujuan kecemasan.

“Selain merancang untuk mengerjakan haji dan umrah bersama ibu saya yang berusia 84 tahun, saya juga akan menggunakan wang ini untuk perbelanjaan harian.

“Pada mulanya saya hanya mencuba nasib kerana cabutan bertuah yang dimenangi ini merupakan sijil yang saya beli pada tahun lepas,” jelas bekas tukang cuci itu.

Mohd Nazri berkata beliau memilih membuat simpanan dalam BSN SSP kerana berminat dengan hadiah lumayan yang ditawarkan dan juga tawaran dividen tinggi kepada penyimpan.

Sementara itu, pemenang cabutan ulang tahun BSN ke-50, Mohd Nasir Abdullah, 57, dari Kampung Gajah berkata beliau tidak menyangka sama sekali apabila terpilih menerima hadiah cabutan bertuah bernilai RM50,000.

“Saya mula menyimpan dalam BSN sejak bujang lagi namun sertai cabutan ini pada Jun tahun lalu. Wang yang saya menangi ini akan dimanfaatkan untuk tiga anak yang masih belajar,” katanya.

Sumber