Pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah diperintah hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pada 4 Jun depan.
Ini kerana aktor kelahiran Singapura itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan isteri atas alasan masih sayangkan keluarga, lapor Berita Harian.

Baca Juga:
- Fadzil Zahari Sindir Ibu Aliff Aziz: “Tenanglah Makcik, Macam Bella Pula Yang Ditangkap Basah”
- ‘Ini Jalan Terbaik, Peluang Sudah Diberi’ – Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz
- ‘Keadaan Tersebut Mewujudkan Syak Wasangka’ – Aliff Aziz
Pada prosiding sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini, Aliff memberitahu, dia perlukan masa untuk berfikir.
@ohbulanofficial Replying to @OHBULAN! Aliff Aziz perlukan masa untuk berfikir untuk menyelamatkan rumah tangganya. #ohbulan #fyp #news #aliffaziz #tak #mahu #lafaz #cerai
“Benar Yang Arif, tidak bersetuju (atas permohonan cerai). Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam sehari, saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini,” katanya.
Sementara itu, peguam syariah mewakili Aliff, Hadi Salleh berkata, anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan Bella.
“Saya menyatakan pihak defendan tidak bersetuju dengan permohonan yang difailkan pihak plaintif dan diteruskan dengan proses selanjutnya iaitu JKP,” katanya.
Terdahulu, Bella nekad memfailkan cerai kerana berasa itu jalan yang terbaik untuk mengakhiri kemelut rumah tanggannya dengan Aliff.
Dalam pada itu, Bella turut membuat pendedahan bahawa dia menjalinkan hubungan mesra dengan Muaz Zabir semata-mata mahu membuatkan Aliff Aziz cemburu.
Menurutnya, ketika gambar yang tular itu diambil, Aliff Aziz didakwa oleh Bella sedang curang dengan dua orang wanita lain.
Pada awal Mac lalu, Aliff dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah. Ketika itu pihak JAWI terpaksa meminta bantuan bomba untuk membuka pintu rumah berkenaan.
Selepas beberapa hari, pelakon wanita itu tampil membuat kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan.
Dia menjelaskan tujuan Aliff ke rumahnya adalah untuk makan malam bersama keluarganya tetapi kakaknya, Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.