Sebelum ini, filem La Luna mengundang pendebatan dalam kalangan masyarakat setempat apabila dikatakan mengandungi unsur soft porn dan liberal.
Susulan itu, Shaheizy Sam yang merupakan antara pelakon dalam filem itu tampil memberikan respons. Menurutnya, setiap penonton mempunyai hak masing-masing dalam memberi pendapat dan dia tidak mahu memberi komen tentang pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh netizen tentang filem berkenaan.
Baca Juga:
- Buat Gambaran Ghaib, Filem ‘Siksa Neraka’ Dari Indonesia Diharamkan Tayangan Di Malaysia
- ‘Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah’- JAKIM
- ‘Macam Mana Boleh Lepas LPF’ – Filem Tempatan Dengan Unsur ‘Soft Porn’ Ini Undang Kritikan Netizen
“Setiap pandangan manusia berbeza-beza, ustaz dan pendakwah juga ada pandangan mereka. Jadi pandangan siapa yang kita nak ambil dan guna pakai? Kalau bercakap tentang niat buat sesuatu perkara, hanya Allah yang tahu niat tersebut.
“Berbalik kepada seseorang individu itu bagaimana dia kaitkan dengan kehidupan sendiri atau orang lain atau dengan agama. Saya terima pandangan semua orang.” ujar Shaheizy.
Tambahnya, dia sempat bertanya kepada beberapa orang ustaz di Tanah Suci Makkah selepas filem tersebut mencetuskan kontroversi dan tiada isu yang dibangkitkan.
Bukan itu sahaja, dia juga percaya Lembaga Penapisan Filem (LPF) pasti telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam menapis karya tersebut sebelum ditayangkan kepada orang ramai.