Dendeng Nyet Berapi oleh Khairul Aming menjadi fenomena di Malaysia apabila berjaya mencatatkan RM1 juta jualan terpantas di platform TikTok. Susulan itu, ramai berebut mahu mendapatkan produk tersebut.

Bagaimanapun, wujud segelintir individu yang dilihat sanggup mengambil kesempatan menjual semula produk itu pada harga sekali kali ganda berbanding daripada harga asal.

Baca Juga:

Sesetengah penjual menyenaraikan produk kedua keluaran Khairul Aming itu pada harga sekitar RM29 setiap paket di platform seperti Shopee dan kumpulan di Facebook. Dapat dilihat kenaikan yang ketara berbanding harga asal iaitu hanya RM14.90 sepaket.

Sumber Gambar: Shopee

Seorang penjual di Shopee menyenaraikan Dendeng Nyet Berapi tersebut lalu menyatakan bahawa produk itu adalah tulen dan bakal memesan terus dari Khairul Aming dan dihantar terus ke rumah anda.

Sumber Gambar: FB

Sementara seorang penjual di Facebook pula memadamkan hantaran yang dimuat naik selepas dikritik teruk oleh orang ramai kerana tindakannya mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.

Perkara ini boleh berlaku kerana permintaan yang luar biasa oleh para peminat KA yang ternyata tidak mahu melepaskan peluang mahu menjadi pengguna terawal menerusinya.

Namun, ia bukanlah satu tiket untuk anda menyokong tindakan scalper yang tidak beretika menjual semula pada harga tidak masuk akal.

Sumber