Paul Scholes tanpa berselindung berpendapat bahawa harapan Arsenal untuk menjuarai English Premier League (EPL) 2025/26 sudah pun berakhir.

Ia berikutan kekalahan 1-2 dialami ketika bertemu Bournemouth di laman sendiri pada hujung minggu yang jelas merencatkan peluang skuad kendalian Mikel Arteta itu untuk menamatkan penantian panjang tersebut.

Legenda England itu percaya momentum kini telah kembali berpihak kepada Manchester City selepas The Gunners gagal mengekalkan kelebihan mereka di puncak liga.

Arsenal Gagal Lebarkan Kelebihan

Landskap perebutan kejuaraan EPL 2025/26 berubah secara dramatik hujung minggu lalu apabila kelab London itu menyaksikan kelebihan mereka di puncak carta dipotong kepada hanya enam mata.

Manakala, Manchester City yang kekurangan satu perlawanan berbanding The Gunners terus menunjukkan dominasi dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Chelsea di Stamford Bridge.

Bagi Paul Scholes, perubahan keputusan kebelakangan ini menunjukkan bahawa kelebihan psikologi kini sepenuhnya berpihak kepada The Cityzens ketika musim memasuki fasa penentuan terakhir.

“Saya rasa Arsenal sudah ‘hilang’ dan semua momentum kini memihak kepada Manchester City,” ujar Scholes menurut sumber laporan Goal.

“Pada satu tahap, anda perlu menewaskan pencabar utama untuk memenangi liga. Saya tak nampak mereka melakukannya. Mereka tak menang perlawanan besar.”

“Saya tak nampak apa-apa selain kemenangan City pada Ahad ini, memang saya tak nampak [peluang untuk Arsenal muncul juara].”

Sumber