Pelakon senior, Azhar Sulaiman telah berkongsi video pendek di Instagram miliknya memaparkan keadaan dirinya berlakon sebagai seorang penagih dadah.
Menerusi video terbabit, dapat dilihat keadaan Azhar terlihat tidak terurus dan wajahnya sedikit cengkung seperti seorang penagih dadah.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
Bukan itu sahaja, watak yang dibawa Azhar seolah-olah merasuknya apabila bahasa tubuh yang ditunjukkan sama seperti penagih dadah.
Susulan perkongsian video terbabit, rata-rata netizen memberikan pujian kepada Azhar kerana lakonannya nampak ‘real’ dan para netizen mengatakan Azhar menjiwai watak dibawanya.
Ni gaya penagih zaman 80an. Rupa dah macam orang sakit mental https://t.co/Pkg7lazRLb
— I'm from kodiang you know (@belialrising) February 22, 2024
Bila kau study watak kau betul2.. pastu makeup artist pun tau tugas dia.. boommmmmm https://t.co/mrJcN9zukX
— D A K S A P I K (@aaaffiieee) February 22, 2024
risau Azhar ni kena angkut dgn AADK je ni masa tgh shoot. real sungguh ni https://t.co/eaLyyBLkjf
— Zeny Ramli (@roy_zeny) February 22, 2024
Malah, ada juga netizen mengatakan Azhar membuat ‘homework’ untuk melakonkan watak tersebut dan inilah kualiti yang ada pada pelakon lama berbanding pelakon baru sekarang.