Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan seramai 52,000 kanak-kanak berusia enam tahun di seluruh negara telah mendaftar bagi kemasukan Tahun Satu setakat ini.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 15,000 kanak-kanak direkodkan mendaftar di Selangor dan menjadikan negeri itu paling tertinggi sekali, petik Buletin TV3.
Baca Juga:
- Bukan Semua, Hanya Kanak-Kanak 6 Tahun Lepasi Ujian Diagnostik Khas Layak Masuk Darjah 1

- Rancangan Pendidikan Negara: Ibu Bapa Digalakkan Daftar Anak Berusia 6 Tahun Masuk Darjah 1

“Faktornya adalah mutu pendidikan itu sendiri termasuk sekolah-sekolah yang berkualiti, tawaran-tawaran pendidikan yang berkualiti dan juga komitmen kerajaan sendiri serta semua pihak, khususnya kerajaan negeri yang melihat pendidikan ini sebagai teras utama di negeri Selangor,” katanya ketika ditemui media pada Program Jaulah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak baru-baru ini.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pendaftaran Tahun Satu bagi sesi akademik 2027, termasuk untuk murid berusia enam tahun, akan dibuka mulai 15 Februari hingga 31 Mac.