Starbucks Amerika Syarikat baru-baru ini mengumumkan inisiatif terbaru mereka dengan membenarkan pengguna menggunakan cawan sendiri bagi membeli kopi di cawangan mereka.

Pengumuman ini dibuat sebagai usaha dalam membolehkan pengguna mengitar semula sekaligus seiring dengan usaha Starbucks dalam mengurangkan sisi pepejal sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebagai imbuhan buat pengguna yang membawa cawan atau bekas minuman sendiri yang bersih, Starbucks US akan memberikan diskaun sebanyak 10 sen dan 25 bonus stars buat Starbucks members.

Di sebalik usaha untuk mengurangkan sisa pepejal sekaligus mengurangkan kos Starbucks dalam menggunakan cawan yang disediakan mereka, para netizen dalam dan luar berpendapat inisiatif terbaru mereka ini mempunyai matlamat tersembunyi.

Menurut para netizen, langkah ini dimulakan sekarang bagi mengelakkan pengguna dilihat membawa cawan Starbucks yang sebelum ini menyokong Israel secara terang-terangan.

Selain itu, terdapat netizen yang pelik dengan inisiatif ini melihatkan jenama ini mampu menyokong usaha untuk mengurangkan sisi pepejal pada masa akan datang namun tidak bagi peperangan yang pastinya memusnahkan lebih ramai orang awam dan alam sekitar.

Sebelum ini, CEO Starbucks turut memaklumkan bisnes mereka terkesan kerana orang ramai terpengaruh dengan fahaman yang ‘salah’.

Sumber