Sekiranya anda ada RM18 juta yang ingin dilaburkan, sebahagian daripada pulau di Sabah ini boleh jadi milik anda.

Berdasarkan satu perkongsian di Facebook, sebahagian daripada pulau Pom Pom, berhampiran pulau Sipadan, Sabah ingin dilepaskan kepada sesiapa yang berminat. Kawasan tersebut tidak didiami oleh sesiapa dan berkeluasan 7.3 ekar.

Baca Juga:

Berdasarkan laporan New Straits Times, setakat ini ada seorang individu yang serius untuk membeli hartanah berkenaan pada harga sedikit rendah daripada yang diiklankan.

Pemilik tanah tersebut bagaimanapun kekal maju menjual tanah tersebut pada harga yang diiklankan. Terdapat 19 pemilik yang memiliki tanah di pulau tersebut namun hanya satu kawasan sahaja yang diiklankan untuk dijual di Facebook.

Pulau Pom Pom terletak 30km timur laur Semporna dan terkenal dengan keindahan terumbu karang di sekitar pulau berkenaan. Airnya yang biru menjadikan pulau ini sangat indah dan tenang untuk didiami.

Dahulu pernah berlaku peristiwa penculikan di pulau ini pada tahun 2013 oleh kumpulan Abu Sayyaf namun kini lebih selamat di bawah seliaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).