Fyza Kadir nekad meninggalkan dunia lakonan selepas sedar diri bahawa dia tiada bakat dalam bidang tersebut.

Fyza Kadir menyatakan bahawa dia berlakon atas kepercayaan Datuk David Teo semata mata.

Baca Juga:

Dari awal lagi dia sudah memberitahu David Teo bahawa dia tidak pandai berlakon.

Namun David Teo memberikan kepercayaan kepadanya atas dasar ada rupa yang boleh dipasarkan.

Ikon fesyen berusia 38 tahun itu berkongsi pengalaman di mana dia seringkali menangis apabila gagal memberikan yang terbaik dalam sesuatu babak.

Bercakap kepada Mstar Online, Fyza berkata: “Saya dah cuba sebab David puji saya ada rupa dan boleh ‘jual’. Ketika itu saya fikir tak salah untuk mencuba.

“Kemudian saya mulai menyedari saya tiada bakat berlakon. Setiap kali menyelesaikan sesuatu babak saya mesti menangis. Sangat sukar, dan saya jadi sedih sebab tak boleh berikan yang terbaik.

Sedar diri tiada bakat berlakon, akhirnya Fyza Kadir menyatakan sudah tiba masanya dia meninggalkan dunia lakonan.

Lagipun dia seorang pemalu dan seringkali tak keluar suara, katanya lagi kepada portal berkenaan.

Dia turut kesal kerana pernah setuju menandatangani tawaran berlakon yang dikemukakan David Teo. Akhirnya dia lega dapat meninggalkan dunia lakonan kerana kini dia boleh menumpukan kepada perkara lain terutama sekali keluarganya.

Fyza juga lebih menumpukan kepada karier modelling dengan jenama jenama terkemuka.

Fyza menafikan suaminya menghalang dia berlakon. Sebaliknya itu atas keputusan dia sendiri. Fyza Khalid pernah berlakon dalam filem seperti Nongkrong, Ajiboy, Pe3 dan Senario Ops Pocot.