Lionel Messi mencipta sejarah pada Selasa malam apabila menyamai rekod Miroslav Klose sebagai GOAT (Terbaik Sepanjang Zama) sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia lelaki dengan 16 gol selepas meledak hatrik untuk membantu Argentina menewaskan Algeria 3-0.
Hatrik itu merupakan yang ke-11 dalam karier antarabangsanya, namun yang pertama di pentas Piala Dunia.
Pada usia 38 tahun, Messi turut menjadi pemain tertua yang pernah menjaringkan tiga gol dalam satu perlawanan Piala Dunia. Beliau dikeluarkan pada penghujung babak kedua dan menerima sorakan gemuruh daripada penyokong Argentina di Stadium GEHA Field at Arrowhead, Kansas City.
βAdalah satu penghormatan untuk berada dalam kelompok itu kerana apa yang mereka capai, berdiri sebaris dengan Klose dan Ronaldo (Brazil) yang juga berada di situ. Tetapi ia tidak membawa apa-apa makna,β kata Messi selepas perlawanan.
πππ πππ πππππ πππ πππ ππππππ ππ πππ ππππ π
ππππππ πππππ π€ ππππππππ πππππ pic.twitter.com/wGuELcB9rm
— 433 (@433) June 17, 2026
βKylian Mbappe juga ada di dalam senarai itu dan dia menjaringkan dua gol hari ini. Pada akhirnya, semua ini hanyalah statistik.
βIa satu penghormatan untuk bersaing dengan mereka, tetapi bagi saya Ronaldo yang saya tonton sejak kecil dan merupakan antara pemain terhebat, tidak berada di tangga teratas. Jadi semuanya hanyalah statistik.β
Apabila turun beraksi dalam perlawanan pembukaan Argentina selaku juara bertahan, yang juga penampilan ke-200 beliau bersama skuad kebangsaan, Messi turut mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang beraksi dalam enam edisi Piala Dunia.
Beliau memecahkan rekod lima penampilan yang sebelum ini dipegang Cristiano Ronaldo (Portugal), Antonio Carbajal, AndrΓ©s Guardado, Rafael MΓ‘rquez (Mexico) dan Lothar MatthΓ€us (Jerman).
Messi membuka jaringan Argentina menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti sebelum menambah dua lagi gol pada babak kedua untuk melengkapkan hatrik dan menyamai rekod 16 gol Klose.
Kapten Argentina itu dilihat mengalirkan air mata selepas menjaringkan gol pertama.
βMengapa saya menangis? Ia langsung tidak berkaitan dengan bola sepak,β jelas Messi.
βSaya melalui beberapa hari yang sukar, tetapi saya berterima kasih kepada seluruh delegasi dan rakan sepasukan kerana sentiasa berada di sisi saya dan memberi kekuatan untuk saya mengharunginya.β
Menariknya, gol-gol itu hadir tepat 20 tahun selepas Messi membuat penampilan sulung di Piala Dunia menentang Serbia dan Montenegro, perlawanan yang turut menyaksikan beliau menjaringkan gol. Ia juga menjadikannya pemain kedua dalam sejarah yang berjaya menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia berbeza.
Kemenangan Argentina itu turut menyaksikan Messi menyamai rekod Klose dengan 17 kemenangan di Piala Dunia.
Ia juga merupakan perlawanan kelima berturut-turut di Piala Dunia yang menyaksikan Messi menemui jaringan. Sebelum kejohanan bermula, timbul keraguan mengenai tahap kecergasannya selepas beliau mengalami keletihan otot ketika beraksi bersama Inter Miami pada bulan Mei.
βSaya sangat gembira dapat melalui semua yang telah berlaku dalam hidup saya,β tambah Messi.
βApa yang saya lalui sekarang adalah pelengkap kepada segala-galanya. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana berada dalam kumpulan pemain yang hebat ini. Saya benar-benar menikmatinya.β
All three of Leo Messi's goals in his first career FIFA World Cup hat trick pic.twitter.com/jb05ZWMrVU
— FOX Sports (@FOXSports) June 17, 2026
Kehadiran Argentina di Kansas City sejak dua minggu lalu mencetuskan fenomena βMessi Maniaβ di seluruh kawasan itu.
Pada hari perlawanan, ribuan penyokong berbaju nombor 10 memenuhi stadium sambil menyanyikan lagu-lagu untuk legenda dari Rosario itu.
Dalam satu sesi tontonan awam di pusat bandar Kansas City pula, seekor kambing yang ditemani bekas quarterback NFL, Jameis Winston, muncul di pentas dengan memakai jersi Argentina β satu simbolik kepada gelaran GOAT (Greatest of All Time) yang sering dikaitkan dengan Messi.
Pada hari yang sama, Erling Haaland dan Kylian MbappΓ© masing-masing menjaringkan dua gol untuk Norway dan Perancis, namun Messi tetap mencuri tumpuan dengan persembahan luar biasa itu.
βMemiliki Leo dalam pasukan adalah satu kelebihan kerana cara dia memimpin kumpulan ini dan sentiasa mendorong kami ke hadapan,β kata Rodrigo De Paul.
π₯ | Indescribable
Lionel Messi at the #FIFAWorldCup since 1966:
β’ Joint-most goals (16)
β’ Joint-most assists (8)
β’ Most goal involvements (24)
β’ Most goals from outside the box (6)
β’ Most big chances created (16)
β’ Most key passes (77)
β’ Most successful dribbles (112)β¦ pic.twitter.com/rdR9LWce6v— Sofascore Football (@Sofascore) June 17, 2026
βDia tidak peduli tentang rekod individu. Keutamaan beliau sentiasa pasukan dan bagi kami, itu sesuatu yang luar biasa.β
Alexis Mac Allister pula berkata:
βTiada kata-kata yang mampu menggambarkannya. Jika ada yang berpendapat pasukan ini lebih baik tanpa Leo, hari ini membuktikan perkara sebaliknya. Dia pemain paling penting buat kami. Kami perlu membina pasukan di sekelilingnya dan itulah yang sedang kami lakukan.β
Argentina akan menentang Austria di Dallas pada 22 Jun sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Jordan.
βPerlawanan pertama di Piala Dunia sentiasa sukar,β kata Messi.
βKita dapat lihat tiada pasukan yang mahu mengalah. Ini adalah Piala Dunia yang sangat kompetitif dengan pasukan-pasukan yang benar-benar bersedia.β