Sejak semalam tular satu video TikTok yang menunjukkan beberapa individu sedang bergambar sambil menunjukkan nama individu yang mereka wakili untuk badal haji.
Dalam video tersebut didakwa mereka hanya ke tanah suci dan bergambar sahaja tanpa melakukan proses ibadah haji walaupun sudah dibayar.
Baca Juga:
- Bagaimana Kehidupan Jemaah Haji Di Kem Muassasah Di Tanah Suci? Ikuti Pengalaman Wanita Ini
- Tindakan Sekumpulan Jemaah Wanita Negara Jiran Mandi Air Zam-Zam Undang Kecaman Netizen
@patrajuangga banyak yang tau sebenarnya,tapi ya gimana???gimana coba cara mengetahui bahwa mereka itu amanah ????#fypシ #fypシ゚viral #fyp #viral
Difahamkan kes yang sama disaksikan sendiri oleh individu yang betul-betul melaksanakan Haji Badal tersebut, Kashful Azim Shaharuddin menerusi Facebook miliknya.
Bagaimanapun, apabila beliau menjejakkan kaki ke Jabal Rahmah, banyak kertas yang diisi nama orang bersepah diatas lantai, ada yang telah dikoyakkan.
Lebih teruk lagi, beliau mendapati sejumlah kertas tertera logo pelbagai negara yang membawa maksud bahawa ramai orang yang telah ditipu oleh sindiket berkenaan.
Bahkan, beliau juga berkongsi satu babak di mana terdapat seorang individu yang sedang memberikan wang kepada pelakon-pelakon mereka yang sudah selesai bergambar.
Jadi, beliau mengingatkan orang ramai untuk berjaga-jaga dan tidak menjadi mangsa penipuan. Berdasarkan perkongsian sebahagian komentar, sindiket ini sedia menawarkan servis badal haji dengan harga semurah bawah RM7,000 yang mana jauh lebih rendah daripada upah haji yang sah.