Beberapa hari lalu tular video menunjukkan Fattah Amin menerima semua Lamborghini Huracán daripada pengusaha sebuah kedai emas.
Ramai menyatakan ia merupakan satu rezeki selepas dilanda ujian rumah tangga.
Baca Juga:
- Ini Sebab Pak Mat Western ‘Kecewa’ Dengan Fattah Amin Berkaitan Isu Komisen Jual Kambing
- Fattah Cerai Fazura Talak Satu
- ‘Rotan Dia Cikgu Sunan’, Netizen Sokong Rosyam Nor Nak Saman Individu Kaitkannya Dengan Perceraian Fattah Amin
Namun, pengurus kepada pelakon itu, Sakirin Acha tampil mendedahkan kereta mewah berwarna ungu itu cumalah sebahagian prop untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha itu.
“Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” katanya.
@allfendstudio Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs
Tambahnya lagi, Acha memohon maaf sekiranya ramai pihak sudah salah faham dengan video yang tular.
“Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan,” katanya.