Kipas tanpa wayar & mudah alih Shark FlexBreeze kini akhirnya tiba di Malaysia.
Susulan itu, kami teruja bila dapat mencuba sendiri Shark FlexBreeze Cordless & Portable Fan, sebuah kipas cordless terbaru dari SharkNinja, jenama dari US yang kini semakin popular di Malaysia dengan produk rumah yang smart dan bergaya.

Kalau anda jenis yang memang tidak tahan panas terutama sekali ketika musim sekarang yang kadang-kala terasa seperti duduk dalam oven, mesti anda rasa kecewa apabila kipas biasa tidak cukup untuk melawan suhu Malaysia.
Nak harapkan penyaman udara, bil elektrik pasti akan melambung. Mahu harapkan kipas berdiri biasa pula, angin tidak dapat dirasai jika jauh dan nak alihkan pun berat.
Bukan kipas biasa, Shark FlexBreeze adalah kipas tanpa wayar yang boleh dibawa ke mana-mana. Ini sebab Shark FlexBreeze Cordless & Portable Fan ini wajib anda miliki.
1. Tidak perlukan plug dan mudah dibawa ke mana sahaja

Antara ciri yang paling kami suka adalah cordless dan portable. Dengan hanya lima jam pengecasan penuh, ia boleh beroperasi sehingga 24 jam.
Kami sendiri menguji penggunaannya dari ruang tamu pada waktu petang, ke bilik tidur pada waktu malam dan ke halaman rumah keesokan harinya, semuanya smooth serta tidak perlu mencari soket elektrik.

Anginnya pula sangat kuat dan boleh dirasai sejauh 20 meter. Kami turut membawanya untuk aktiviti BBQ picnic dan mandi di kolam renang, ternyata ia menjadi kegemaran ramai.
2. Fleksibel boleh jadi kipas berdiri atau kipas meja

Fungsi ‘Lift to Transform’ benar-benar praktikal. Dengan kipas yang sama, anda boleh tukar kepada dua mod, sama ada mod berdiri atau mod meja dengan hanya satu butang mengikut keselesaan dan keperluan anda.
Kami menggunakannya semasa bekerja dari rumah (WFH) di atas meja, ketika memasak di dapur dan juga semasa minum petang di halaman rumah. Sangat fleksibel.

3. Senyap tapi berkuasa
Shark FlexBreeze sangat sesuai untuk anda yang sensitif dengan bunyi atau yang mempunyai anak kecil. Pada tahap kelajuan rendah hingga kelajuan tinggi, ia hampir tidak mengeluarkan bunyi.
Sebagai individu yang mudah terjaga tidur disebabkan bunyi, kami simpulkan bahawa Shark FlexBreeze ini sangat senyap dan tidak menggangu tidur.

Pada tahap kelajuan tinggi pula, walaupun anginnya kuat, bunyinya masih sangat terkawal. Ia turut dilengkapi dengan alat kawalan jauh bermagnet, anda boleh mengawal kelajuan dan arah ayunan kipas dengan mudah.
Lebih hebat lagi, kipas ini boleh berayun sehingga 180 darjah dan condong hingga 55 darjah, memberikan aliran udara yang menyeluruh ke seluruh ruang dengan lebih efektif.
4. Mesra outdoor: Water-Resistant IPX4 dan UV Resistant

Satu lagi kelebihan besar adalah ia water-resistant (IPX4) dan dilindungi daripada UV. Kami sendiri meletakkannya di tepi kolam renang, tiada sebarang masalah berlaku.
Untuk aktiviti seperti camping, glamping atau picnic, ia sangat sesuai dibawa bersama. Pakej pembeliannya turut disertakan beg travel yang memudahkan anda membawanya ke mana-mana.

5. Rekaan premium dan estetik moden

Dari segi rekaan, Shark FlexBreeze memang memberi impresi premium.
Pilihan warna hitam atau putih matte dengan kemasan yang clean, sangat sesuai dengan gaya hiasan rumah moden seperti Scandinavian, Japandi atau minimal urban. Ia ringan dengan berat hanya 5.6KG sahaja.
Kipas portable yang wajib dimiliki untuk gaya hidup moden
Setelah mencuba sendiri, kami boleh katakan memang sukar untuk kembali menggunakan kipas biasa.
Apabila sudah terbiasa dengan kipas yang cordless, portable, senyap dan rekaan yang cantik, ia memang satu peningkatan besar dalam gaya hidup.
Untuk anda yang sukakan rekaan rumah yang kemas dan moden, yang sering melakukan aktiviti luar atau yang mahu menjimatkan penggunaan aircond, Shark FlexBreeze ini memang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Lebih-lebih lagi jika anda sedang merancang percutian ke chalet, aktiviti picnic atau hanya mahu menjadikan ruang tamu lebih selesa tanpa bergantung kepada aircond semata-mata.
Harga rasmi ialah RM899. Anda boleh mendapatkannya di laman rasmi Shark, Shopee, Lazada atau di kedai-kedai elektronik utama.
Setiap pembelian turut dilindungi oleh jaminan wang dikembalikan selama 60 hari dan waranti dua tahun, jadi tiada risiko untuk mencuba.
Dan kalau anda memang dah lama intai produk Shark, ini masa terbaik untuk beli. Anda boleh menggunakan kod promo SNFAM_VOCKET di laman web rasmi mereka untuk diskaun 15% tanpa had dan tanpa minimum pembelian, terbuka kepada semua pelanggan!
Kod ini sah sehingga 31 Ogos 2025, khas untuk pembaca Vocket. Sebelum terlupa, kod ini tidak boleh digabungkan dengan diskaun lain.
Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda ikuti media sosial SharkNinja di TikTok, Instagram dan Facebook.