Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi mengundang kontroversi apabila memakai bikini putih ketika sedang mandi manda di sebatang sungai.
Menerusi video yang dikongsikan Leona, dia hanya memakai bikini warna putih sehingga menampakkan aset tubuh badannya kepada umum semasa percutiannya bersama rakan-rakan ke Warleigh Weir, United Kingdom.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menerusi hasil tinjauan kami mendapati Leona telah memadamkan video yang mencetuskan kontroversi itu.
Susulan itu, Azhar Sulaiman telah memuat naik sebuah video di TikTok miliknya dan bersyukur anaknya itu sudah memadam video serta tidak memanjangkan lagi isu panas tersebut.
https://www.tiktok.com/@theazharsulaiman/video/7238724802381384967
Tambahnya, dia sebagai bapa pasti mendoakan yang terbaik buat anaknya itu dan berharap Leona akan belajar sesuatu dari apa yang berlaku ini.