Fenomena kepala air sering berlaku ketika musim hujan terutama sekali di kawasan air terjun dan banyak juga kejadian yang telah meragut nyawa disebabkan fenomena tersebut.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @amruljemat telah berkongsi sebuah video yang memaparkan sekumpulan remaja bertindak masih bermain di sungai dimana arus air sungai mulai deras dipercayai fenomena kepala air sedang terjadi.

Baca Juga:

@

♬ –

Dapat dilihat, para remaja tersebut gembira bermain dan tidak berganjak sehingga arus air terlihat deras barulah mereka berlari ke tepi.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan sekumpulan remaja tersebut yang membahayakan diri mereka.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengecam tindakan mereka dan mengatakan jika berlaku sesuatu kepada mereka akan menyusahkan banyak pihak untuk menyelamatkan mereka.