Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menyatakan pasukan itu menerima tawaran yang lumayan untuk salah seorang pemain import mereka iaitu Reziq Bani Hani.
Ramai peminat yang mempersoalkan keputusan kelab itu untuk menjual Reziq yang kembali ke negaranya dengan menyertai Al-Hussein dalam saingan Liga Jordan.
Baca Juga:
- Reziq Bani Hani Tinggalkan Selangor, Sertai Kelab Jordan
- Pernah Hatrik Lawan Harimau Malaya, Ali Olwan Kini Sertai Selangor FC
- MFL Lulus Permohonan Selangor Pinda Jadual Liga Super
Shahril kemudiannya menjelaskan sebab utama mengapa Selangor melepaskan pemain sayap berusia 22 tahun itu.

“Kami menerima tawaran yang baik untuk Reziq. Dia pemain yang bagus, dan kami tidak boleh menghalang pemain pergi kalu ada tawaran yang lebih baik. Kami menandatanganinya apabila Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal cedera, dan kami memerlukan lebih banyak pilihan.
“Kami kini mempunyai Faisal yang kembali kepada pasukan, dan kami juga telah menandatangani Ali (Olwan), yang nampaknya bermain baik dengan Ronnie. Sebelum ini, Ronnie menjaringkan gol tetapi selalu terasing, tetapi kini dia lebih terlibat dengan adanya Ali.
“Kami sentiasa mencari bakat untuk memperkuatkan Selangor, tetapi biasanya pilihan pada jendela perpindahan kedua adalah terhad, kerana kelab akan keberatan untuk melepaskan pemain terbaik mereka, dan pemain ini boleh menelan kos yang tinggi,” kata Shahril dipetik dari laporan NST.
Ketika bersama Selangor, Reziq Bani Hani banyak beraksi sebagai pemain gantian dimana pengendali pasukan, Nidzam Jamil sering memasukkan pemain ini pada separuh masa kedua dalam kebanyakan perlawanan.
Meskipun hanya beraksi sebagai pemain gantian, penyerang berusia 22 tahun ini menjaringkan beberapa gol penting seperti ketika Selangor menewaskan Terengganu di peringkat separuh akhir Piala FA musim ini.
Reziq menjaringkan gol pada lewat permainan yang menyaksikan Selangor mara ke perlawanan akhir namun terpaksa akur dimana mereka tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).