Skuad futsal Selangor mencipta sejarah selepas membawa pulang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hasil kemenangan 2-0 dilakarkan ke atas Sarawak pada aksi final yang berlangsung petang tadi.

Kejayaan yang sekali gus menamatkan penantian 13 tahun Selangor untuk meraih pingat emas dimana sukan futsal mula dipertandingkan pada edisi 2011.

Baca Juga:

Skuad kendalian Qusmaini Noor Rusli itu tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Danish Faiz Hashim menemui sentuhan jaringan seawal saat ke-15 permainan.

Jaringan itu bepunca daripada gerakan tersusun yang tidak dapat dibaca pemain tuan rumah untuk Danish mudah menolak masuk bola bagi menewaskan penjaga gol Sarawak, Syukimi Farizan.

Selangor
Kredit Foto: SUKMA Selangor Futsal I Terminat Foto

Tersentak dengan jaringan tersebut, Sarawak memperkemaskan aksi dengan menguji gawang lawan tetapi penjaga gol, Addin Naufal Rahmad dan barisan pemain Selangor kental bertahan.

Situasi sama dapat disaksikan pada babak kedua apabila serangan demi serangan dijelmakan anak buah Faizal Zamri itu digagalkan disiplin bertahan cukup kental dipamerkan Selangor.

Sebaliknya, kesilapan pemain Sarawak pada minit ke-36 telah memberikan ruang seluas-luasnya buat Ahmed Haziq Haikal Rashidi untuk mencipta jaringan kedua yang sekali gus menghadiahkan pingat emas buat Selangor.

Sementara itu, Perak meraih pingat gangsa selepas berjaya menundukkan Pulau Pinang pada aksi yang berlangsung pagi tadi.